ARKIB

KATEGORI

Buletin

MAN Malaysia tumpukan perhatian kepada pasaran Sarawak

Berita Tempatan

Views

Sarawak merupakan salah satu pasaran yang hangat untuk trak MAN. Dari tahun 2005 hingga 2013, hampir 190 unit trak MAN telah dijual oleh pengedar yang dilantik.

Baru-baru ini, MAN Malaysia telah berkunjung ke Sarawak dengan lawatan ke Kuching, Bintulu dan Sibu.

Di Kuching, pasukan MAN Malaysia telah membuat kunjungan hormat kepada seorang pelanggan yang pernah memiliki kumpulan trak tugas sederhana/berat MAN CLA yang telah ditamatkan perkhidmatannya, selepas mempamerkan prestasi cemerlang selama lebih sedekad.

Salah seorang pemandu yang ditugaskan untuk mengendali MAN CLA berkongsi rasa kagumnya dengan kuasa menarik trak yang hebat di jalan berbukit, walaupun dengan enjin kecil berkapasiti 6.8 liter.

MAN Malaysia juga telah memeriksa MAN TGM 18.280 4×4 Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang digunakan terutamanya untuk misi menyelamat.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Pada sebelah malamnya, mereka mengadakan majlis makan malam untuk ahli-ahli Persatuan Pengangkutan Lori Sarawak yang berusia 40 tahun.

Pertemuan mesra itu memberikan pandangan berharga tentang keperluan jentera pengangkut di sana yang pada masa ini kebanyakannya mengendalikan trak buatan Jepun dan China.

Keesokan harinya, pasukan tersebut terbang ke Bintulu di mana mereka berpeluang untuk berhubung semula dengan beberapa bekas pelanggan. Mereka juga turut menemui presiden Persatuan Lori Persekutuan Sarawak.

Pada hari ketiga, pasukan MAN Malaysia memandu selama tiga jam di Lebuhraya Pan Borneo baharu dari Bintulu ke Sibu.

Persinggahan di bandar tepi pantai Mukah membolehkan pasukan memeriksa beberapa buah trak MAN TGA 33.400 6×4 dan MAN TGS 33.440 6×4 yang berusia hampir sedekad, namun masih digunakan untuk mengangkut arang batu dari lombong bawah tanah ke stesen jana kuasa di daerah yang sama.

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

Di Sibu, sejurus sebelum terbang pulang ke Kuala Lumpur, pasukan itu membuat kunjungan hormat kepada pelanggan yang telah melawat MAN Pavilion semasa MCVE 2024.

Pengarah Urusan MAN Malaysia, Andrew O’Brooks berkata, pihaknya teruja dengan maklum balas daripada pasaran Sarawak.

Mereka yang pernah mengendalikan trak MAN sebelum ini mempunyai banyak pengalaman positif dengan kuasa dan ketahanan produk.

Ada juga yang menyatakan minat terhadap ciri peneraju kelas bagi trak MAN berkuasa Euro V baharu.

Trak MAN dengan enjin Euro V mendahului dalam orientasi pemandu, kecekapan bahan api, sistem bantuan, rangkaian digital dan terutamanya kemampanan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply