ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mazda failkan tanda dagang logo ‘R’ – Gambaran awal model berprestasi tinggi?

Berita Global

Views

Mazda telah memfailkan tanda dagang logo ‘R’, sekali gus mencetuskan spekulasi yang lencana tersebut bakal digunakan pada model-model berprestasi tinggi keluaran syarikat tersebut pada masa depan.

Imej tanda dagang tersebut telah telah difailkan oleh Pejabat Paten Jepun dan berjaya ditemui oleh forum New Nissan Z. Logo tersebut merangkumi abjad ‘R’ yang telah digayakan dengan kombinasi warna biru, merah dan putih.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Ada yang menyatakan, bentuk segi tiga berwarna merah pada logo tersebut mungkin memberi gambaran kepada enjin rotari. Selain itu, logo tersebut memiliki persamaan dengan lencana Spirit R yang digunakan oleh model RX-7 dan RX-8 sebelum ini.

Menurut TheDrive, pemfailan tanda dagang lencana ‘R’ ini turut merangkumi kegunaan untuk “automobil dan komponen serta kelengkapannya”. Ia juga memberi gambaran yang berkemungkinan lencana R ini digunakan untuk menunjukkan sebahagian komponen prestasi.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Mungkin juga lencana ‘R’ ini akan digunakan oleh unit prestasi baharu dari Mazda, sama seperti Hyundai N atau Toyota Gazoo Racing. Jika benar, kebarangkalian untuk melihat Mazda3 Turbo bertukar menjadi pencabar kepada Hyundai i30 N dan Toyota GR Yaris mungkin menjadi realiti.

Selain itu, ada juga kemungkinan yang lencana ini akan digunapakai pada varian andalan generasi baharu Mazda6 dan CX-5, dua model yang bakal menampilkan enjin enam-silinder sebaris yang ditawarkan dalam pilihan bahan bakar petrol dan juga diesel.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply