ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lexus sedang bangunkan SUV hibrid kompak berasaskan model Toyota Yaris Cross

Berita Global

Views

Lexus kini sedang sibuk membangunkan barisan model masa depannya yang merangkumi 10 model hibrid, hibrid plug-in dan BEV menjelang tahun 2025. Menurut laporan dari majalah permotoran berbahasa Jepun Mag-X, Lexus kini sedang membangunkan SUV hibrid kompak yang berasaskan Toyota Yaris Cross.

SUV hibrid ini direka khusus untuk pasaran Eropah, Jepun dan Australia. Desas-desus mengenai model ini telah mula kedengaran pada 2015 semasa pengenalan kajian reka bentuk LF-SA. Ia kembali hangat tahun lepas selepas pelancaran Yaris Cross dan beberapa bulan selepas itu Lexus telah mendaftarkan tanda dagang nama LBX yang mungkin digunakan oleh salah satu model baharu mereka nanti.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

SUV dalam segmen-B itu nanti akan berada di bawah barisan model UX. Meskipun ia tidak berapa relevan untuk pasaran Amerika Syarikat, segmen ini agak popular di Eropah, di mana hampir kesemua pengeluar menawarkan setidak-tidaknya satu model supermini yang di ‘SUV’kan.

Khabar angin mengatakan, Lexus LBX mungkin memiliki dimensi yang hampir sama dengan Yaris Cross, yang berukuran 4,180 mm panjang, 1,765 mm lebar dan 1,560 mm tinggi. Model ini mungkin dibangunkan dari pelantar GA-B dan menggunakan tetapan hibrid yang sama dengan Yaris Cross.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Ini bermakna, ia bakal menggabungkan enjin tiga-silinder 1.5 VVT-i bersama dua (FWD) atau tiga motor elektrik (AWD-i), yang menghasilkan 114 kuasa kuda dan 120 Nm daya kilas. Meskipun ia tidak berapa ‘mengujakan’ pembeli premium, ia sudah memadai untuk bersaing dengan DS 3 Crossback.

Selain khabar angin mengenai SUV tersebut, Lexus turut mengesahkan mereka bakal melancarkan versi pengeluaran model konsep LF-Z elektrik sebagai kenderaan elekrtik (EV) pertama mereka. Model ini berkongsi kerangka dengan model Toyota bZ4X.

Terdapat juga khabar angin yang mengatakan prototaip model Lexus berasaskan GR86 telah berjaya diintip. Jika kesemua info tersebut sahih, ia bermakna unit reka bentuk dan kejuruteraan Lexus sudah tentu ‘tidak menang tangan’ pada ketika ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply