Mazda Motor Corporation mengumumkan pelaburan tambahan sebanyak 5 bilion baht (kira-kira AS$150 juta) untuk menjadikan Thailand sebagai hab pembuatan bagi SUV kompak elektriknya.
Pengumuman ini dibuat oleh Presiden dan CEO Mazda, Masahiro Moro, semasa pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra, di Bangkok semalam.
Menurut Moro, pelaburan ini menandakan satu langkah penting dalam peralihan secara berperingkat ke arah pengeluaran kenderaan elektrik (xEV).
Ujarnya, kenderaan yang akan dihasilkan adalah SUV kompak berprestasi tinggi yang memenuhi piawaian antarabangsa dari segi teknologi hibrid dan kecekapan alam sekitar.
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
Pelaburan berskala besar ini menyokong jualan domestik dan eksport ke Jepun serta negara lain, termasuk ASEAN, dengan sasaran pengeluaran 100,000 unit setahun.
Setiausaha Agung Lembaga Pelaburan Thailand (BOI), yang juga Setiausaha Jawatankuasa Dasar Kenderaan Elektrik Negara (EV Board), Narit Therdsteerasukdi, berkata pengumuman Mazda merupakan satu pelaburan penting dalam pembangunan Thailand sebagai hab pembuatan industri automotif merentas semua segmen.
Mazda telah beroperasi di pasaran Thailand selama lebih 70 tahun dan mempunyai dua kilang pembuatan utama di negara itu, iaitu AutoAlliance (AAT) dan Mazda Powertrain Manufacturing Thailand (MPMT).
Pelaburan tambahan yang diumumkan semalam akan memfokuskan kepada peningkatan barisan pengeluaran dan pemasangan di kilang AAT dan MPMT bagi menyokong pengeluaran kenderaan elektrik masa depan.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
Ini termasuklah pembuatan enjin, transmisi automatik, sistem rangkaian kuasa, serta komponen utama kenderaan elektrik seperti bateri.
Selain itu, Mazda akan terus membangunkan rangkaian pembekal tempatan bagi meningkatkan keupayaan pengeluaran dan menyokong teknologi masa depan, yang secara langsung menyumbang kepada pertumbuhan industri automotif dan ekonomi Thailand.
Thailand telah lama menjadi hab utama dalam industri enjin pembakaran dalaman (ICE), menduduki tempat ke-10 di dunia dan pertama di Asia Tenggara sebagai pengeluar utama pada 2023.
Sejak kerajaan memperkenalkan dasar untuk mempercepatkan elektrifikasi sektor automotif melalui subsidi, pelepasan cukai, dan insentif lain kepada pengeluar serta pengguna, negara ini telah menarik pelaburan besar dalam pengeluaran kenderaan elektrik (EV) dan hibrid.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
KOMEN TERKINI