Kerajaan Melaka menyasarkan penyertaan kira-kira 50,000 peserta bermotor sempena penganjuran selama tiga hari Malaysia Bike Week yang bermula 14 hingga 16 Jun depan di Dataran Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).
Exco Pelancongan Warisan Seni dan Budaya Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, berkata program anjuran dengan kerjasama Persatuan Superbikers Malaysia itu bukan sahaja menghimpunkan pemilik motosikal berkuasa tinggi malah pelbagai kategori serta motosikal klasik.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
“Kita juga telah dimaklumkan daripada persatuan permotoran dari negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Thailand yang berminat untuk menyertai acara berskala besar ini.
“Selain itu dijangka Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim turut berkenan mencemar duli bagi menghadiri Malaysia Bike Week pada 15 Jun itu,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Konvoi Malaysia
International Classic Bike Festival di Bandar Melaka, Melaka hari ini.
Mengulas lanjut, Abdul Razak berkata festival itu juga akan turut mempamerkan pelbagai aset terpilih termasuk motosikal milik Sultan Ibrahim di Dewan B dan C MITC yang dibuka secara percuma kepada pengunjung.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Beliau berkata sempena program itu juga, sebanyak 10 motosikal dan sebuah Proton X50 turut disediakan khas bagi cabutan nombor bertuah kepada peserta dan pengunjung yang hadir.
“Kita juga telah bersiap sedia 100 peratus dalam menyediakan kemudahan bagi penganjuran program itu sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024) yang dijangka menarik ramai pengunjung dari dalam dan luar negara,” katanya.
Terdahulu, program Konvoi Malaysia International Classic Bike Festival telah disertai sebanyak 800 pemilik motor klasik dari seluruh negara termasuk Indonesia, Singapura dan Indonesia yang berkampung selama tiga hari di Melaka. – Berita Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Abdul Razak Abdul Rahman
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI