ARKIB

KATEGORI

Buletin

Terowong Genting Sempah ditutup sementara, laluan kontra diaktifkan

Views

ANIH Berhad akan menjalankan kerja-kerja penyenggaraan dalam Terowong Genting Sempah membabitkan tempoh 60 hari dari jam 8 pagi hingga 5 petang mulai 10 Januari 2017. Sehubungan itu, laluan kenderaan dalam Terowong Genting Sempah akan ditutup selama 9 jam sehari bagi memberi laluan kepada pelaksanaan kerja berkenaan. Laluan kontra akan diaktifkan sepanjang tempoh kerja tersebut. Laluan dalam terowong akan dibuka semula seperti biasa dari jam 6 petang hingga 7 pagi.

Di bawah adalah jadual penutupan lorong dalam Terowong Genting Sempah untuk rujukan pengguna:

jadual-penutupan-terowong

Untuk makluman, kerja-kerja penyenggaraan akan dihentikan pada cuti musim perayaan Tahun Baru Cina dan Thaipusam. Oleh itu, semua pengguna dinasihatkan mematuhi papan tanda serta arahan yang diberikan petugas dilokasi. Untuk sebarang maklumat, sila ikuti medium komunikasi seperti Facebook di Lebuhraya Pantai Timur dan laman Twitter di @LPTTrafik bagi mengetahui status dan keadaan terkini serta isu-isu lain di sepanjang jajaran lebuh raya KLK dan LPT 1.

KLIK UNTUK BESARKAN

jadual-penutupan-terowong peta-laluan-kontra

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply