ARKIB

KATEGORI

Buletin

MINI Malaysia perkenalkan Koleksi Kapsul MINI FASHION FIELD NOTES di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2018 (KLFW 2018)

Views

MINI Malaysia akan menampilkan Koleksi Kapsul terbaharunya yang dinamakan MINI FASHION FIELD NOTES di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2018 (KLFW 2018) buat julung kalinya di rantau Asia. Dirungkaikan baru-baru ini di Pitti Uomo 94 yang telah berlangsung di Itali, iaitu sebuah pameran ikonik terkemuka dunia untuk fesyen lelaki dan gaya hidup, koleksi tersebut merupakan kolaborasi unik antara MINI serta The Woolmark Company, yang merupakan antara jenama terkemuka dalam bidang tekstil dan fesyen.

Etos dan inovasi rekaan kedua-dua jenama ini membuahkan sebuah tarikan yang pintar dan serba emotif bagi individu yang bergelar sebagai “Urban Traveller” – iaitu individu yang mengangap pengembaraan sebagai sebuah perentasan kendiri yang bermula dari satu perasaan, satu budaya, satu perspektif ke suatu tahap yang baharu.

JOM BACA >> Fakta Ringkas : Pelantar Modular BMA Geely Untuk Kereta Kompak

Dengan tema “Transcending Borders”, koleksi pameran terhad 16 bahagian ini menggabungkan usaha kreativiti empat nama menarik dalam dunia fesyen antarabangsa – Liam Hodges (United Kingdom), Staffonly (China), PH5 (Amerika Syarikat) dan Rike Feurstein (Jerman). Pereka-pereka fesyen yang sedang giat menempah nama ini memetik inspirasi melalui pengalaman pengembaraan mereka sendiri di bandar-bandar yang berlainan di seluruh dunia, lalu menterjemahkan memori peribadi mereka kepada beberapa gubahan fesyen menggunakan benang bulu biri-biri Merino yang berkualiti tinggi.

Saksikan Koleksi Kapsul MINI FASHION FIELD NOTES yang akan dipamerkan secara eksklusif di KLFW 2018!

Butiran mengenai pameran ini:

Tarikh:
Rabu, 8 Ogos 2018 hingga Ahad, 12 Ogos 2018

Lokasi:
Couture Lane, Level 3 (berhampiran Prada-Rolex)
Pavilion Kuala Lumpur
168, Jalan Bukit Bintang

Fashions Talks bersama MINI FASHION x The Woolmark Company dipersembahkan oleh Edition KLFW. MINI FASHION dan The Woolmark Company juga akan menghoskan Fashion Talks, iaitu sebuah acara istimewa bersama pakar-pakar fesyen untuk mengongsikan pandangan mereka mengenai ‘inspirasi’ yang tiada batasnya, dengan penampilan Koleksi Kapsul MINI FASHION FIELD NOTES.

Butiran lanjut akan dikongsikan tidak lama lagi.

JOM BACA >> Coretan : Industri Automotif – ‘Idea Gila’ Tun Yang Telah Berjaya Mengubah Landskap Ekonomi Negara

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply