ARKIB

KATEGORI

Info

MESTI BACA : 7 tips pilih tempat duduk paling ‘best’ dalam kapal terbang

Info

Views

Asyik cerita pasal kereta je mesti ‘pishang’ juga kan? Hari ini kami nak kongsikan tips untuk kaki melancong, khususnya yang selalu ke luar negara dengan kapal terbang. Menurut portal Insider, ini adalah 7 tips memilih tempat duduk paling ‘best’ dalam kapal terbang yang telah dikongsikan oleh seorang pramugara dari Hawaiian Airlines.

Jadi lepas ini tahulah ‘port’ mana yang sesuai dengan jiwa anda. Kalau ada bajet lebih tu boleh la naik Business Class.

1. Tempat duduk tepi tingkap – Untuk kaki tidur dalam penerbangan

Untuk mereka yang mudah terlena, tempat duduk paling mujarab untuk mereka tidur dengan lena adalah yang bersebelahan dengan tingkap, nak pulak penerbangan jarak jauh yang memakan masa berjam-jam lamanya.

2. Tempat duduk aisle – Untuk mereka yang kerap ke tandas

Ini memang tempat yang sesuai untuk mereka yang suka sangat ke tandas sebab lokasinya terletak paling hujung dari tingkap. Jadi anda tak mengganggu penumpang lain yang terpaksa bangun untuk memberi laluan untuk anda. Stress juga kan tengah-tengah sedap tidur ada orang kejut sebab nak ke jamban..

3. Elakkan tempat duduk yang hampir dengan pintu kecemasan – Untuk mereka yang tak tahan sejuk

Kalau nak tahu, tempat duduk yang hampir dengan pintu atau tingkap kecemasan akan membuatkan anda bertambah sejuk sebab udara dari luar boleh masuk melalui celah-celah pintu atau tingkap tersebut. Ini membuatkan anda akan rasa lebih sejuk dan mungkin akan menyebabkan anda lebih kerap ke tandas.

JOM BACA >> Proton Persona facelift tampil lebih bergaya – Tempahan atas talian dibuka mulai esok

4. Pilih tempat duduk yang hampir dengan pintu kecemasan kalau nak ruang kaki yang luas tapi ‘kedekut nak mampus’ untuk keluar bajet lebih.

Ni yang payah sikit kalau kedekut mengalahkan Haji Bakhil tapi nak duduk selesa macam naik Business Class. Tapi untuk spesies macam ni elok la anda cari tempat duduk yang hampir dengan pintu kecemasan. Siap dapat ‘ekstra sejuk’ sekali.

5. Elakkan pilih tempat duduk bulkhead kalau melunjur kaki dengan lebih selesa

Tempat duduk macam ni berada di bahagian depan yang memisahkan seksyen-seksyen di dalam kapal terbang. Memang ruang kakinya agak luas tetapi anda tak dapat nak lunjurkan kaki sedikit untuk lebih selesa, tambah pulak yang kaki panjang, kaki pendek ok lagi kot.

6. Pilih tempat duduk di bahagian depan jika tak tahan gelora/gelombang udara (air turbulence)

Situasi macam ini memang akan membuatkan kita ‘kecut perut’ dan mungkin tidak disukai oleh sesetengah penumpang. Sebenarnya ia bukanlah situasi merbahaya kerana apa yang berlaku adalah sedikit gegaran semasa aliran udara bergerak dengan cepat. Jadi, kalau rasa tak selesa dengan keadaan macam ini, eloklah anda pilih tempat duduk macam di bahagian depan.

Akhir sekali…

7. Pilih tempat duduk di bahagian depan jika nak makanan yang sedap-sedap

Ini tips paling berguna untuk yang suka makan. Biasanya krew kabin akan mula menghidangkan makanan dan minuman bermula dari bahagian depan. Bagi penerbangan yang menyediakan makanan percuma, penumpang yang berada di barisan hadapan terlebih dahulu boleh memilih makanan. Bila sampai ke belakang tinggal apa yang ada je lah.

Dah tahu tips kan, lepas ni pandai-pandailah pilih ye!

Sumber : Insider dan Remaja.

JOM BACA >> INTIP : Dua unit ujian Proton X50 berjaya dikesan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply