ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW 8 Series baharu dilancarkan – Kini dengan ciri “Hey BMW”

Berita Tempatan

Views
Pelancaran BMW 8-Series G15. Harga mula RM1.1 juta untuk M850i

Semalam BMW Group Malaysia telah melancarkan BMW 8 Series yang merupakan penanda aras baharu dalam segmen kenderaan coupe mewah. Model ini menggabungkan enjin yang berkuasa tinggi dengan sistem pacuan semua roda yang pintar, BMW xDrive serta menampilkan struktur reka bentuk yang menggunakan teknologi ‘BMW EfficientLightweight’.

En. Harald Hoelzl Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, generasi pertama BMW 8 Series telah diperkenalkan pada tahun 1989 dan menjadi kenderaan BMW pertama yang memperkenalkan pendikit pacuan berwayar elektronik, Pengawal Stabiliti Dinamik dan Pengendalian Aktif Integral dengan penggunaan teknologi gandar belakang ‘multi-link’.

Model terbaharu ini hanya didatangkan dalam varian BMW M850i xDrive Coupe. Reka bentuk luarannya menampilkan gabungan elemen moden dan sporty. Ia dijana oleh enjin V8 terbaharu berkapasiti 4.4 liter yang digandingkan dengan transmisi 8 kelajuan Steptronic Sports Transmission. yang mampu menghasilkan 530 kuasa kuda. Ia mampu memecut dari 0-100 km/h dalam masa 3.7 saat dengan purata penggunaan minyak 10.4 liter bagi setiap 100 kilometer.

Apa ciri-ciri menarik BMW 8 Series baharu?

  • Lampu hadapan dengan teknologi ‘BMW Laserlight’.
  • Lampu belakang LED.
  • Brek M Sport 19 inci yang berkuasa tinggi dengan angkup ‘M’  berwarna biru.
  • Rim aloi  ringan ‘M’ bersaiz 20 inci dengan rekaan bilah-Y 728 M.
  • Khusus untuk warna oren (Sunset Orange), pilihan rim dengan kemasan hitam (Jet Black) turut ditawarkan.
  • Tempat duduk dengan kemasan kulit Merino serta stereng kulit ‘M’ dengan ciri multifungsi.
  • ‘BMW Live Cockpit Professional’ sebagai ciri standard.
  • Pakej ‘M Sport’ turut merangkumi bahan kemasan bumbung anthracite ‘BMW Individual’, pedal ‘M’ dan tempat letak kaki ‘M’.
  • Penyandar di tempat duduk belakang boleh dibahagikan 50:50 dan dilipat untuk menambah kapasiti penyimpanan barang sebanyak 420 liter.
  • Ventilasi aktif bagi tempat duduk untuk mengawal suhu secara efektif bagi kusyen dan penyandar belakang.
  • Sistem pacuan semua roda yang pintar, BMW xDrive kini lebih cekap berbanding model sebelumnya.
  • ‘Adaptive M Suspension’ kini dengan ciri Pengendalian Aktif Integral.
  • Kawalan Jelajah Aktif dengan fungsi ‘Stop & Go’ serta ‘Driving Assistant Professional’.
  • Model ini turut dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu seperti Amaran Keluar Lorong, Amaran Penukaran Lorong, Amaran Perlanggaran dan Pejalan Kaki, Amaran Lintasan Trafik di hadapan dan belakang, Bantuan Hentian Kecemasan, Bantuan Kekal Lorong dan Bantuan Mengelak.
  • Buat pertama kalinya model ini menampilkan ‘Fungsi BMW Intelligent Personal Assistant’, yang seakan ciri Arahan Suara pada model Proton X70.
  • Ia turut didatangkan dengan kunci digital yang diberi nama ‘BMW Digital Key’ yang menggunakan teknologi ‘Near Field Communication’ (NFC), membolehkannya dikunci dan dibuka dengan telefon pintar.

JOM BACA >> Proton Persona facelift tampil lebih bergaya – Tempahan atas talian dibuka mulai esok

BMW 8 Series baharu ditawarkan dalam enam pilihan seleksi warna yang terdiri daripada warna metalik ‘Carbon Black’, ‘Black Sapphire’, ‘Sonic Speed Blue’, ‘Barcelona Blue’, ‘Sunset Orange’ dan warna ‘Mineral White’ digandingkan dengan material kulit BMW Individual Merino sebagai kemasan bagi tempat duduk yang berwarna Hitam, Cognac atau Putih (Ivory White).

Ia akan mula ditawarkan menerusi semua pengedar BMW seluruh negara bermula Jumaat ini, 15 Mac 2019. Model ini boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan ‘Balloon Financing Plan’ bermula dari RM 12,418.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80 peratus bagi tempoh lima tahun) yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia.

Pemilik model ini juga boleh menikmati pengalaman Pemilikan Premium yang ditawarkan oleh BMW Group Malaysia yang merangkumi :

  • Waranti Perbatuan Tanpa Had Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
  • Program Waranti Tayar Bertempoh 2 Tahun/24 Bulan oleh BMW untuk penawaran servis ‘Run Flat Tyre’
  • Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
  • Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – BMW White Card
  • Servis Dalam Talian oleh BMW

Harga jualan (atas jalan, tanpa insurans, dan dengan penawaran BMW Group Malaysia bagi Waranti Perbatuan Tanpa Had Selama 5 Tahun, Program Servis Berjadual Percuma dan Program Waranti Tayar BMW) ‘The 8’ ialah:

BMW M850i xDrive Coupe – RM 1,088,800.00

JOM BACA >> INTIP : Dua unit ujian Proton X50 berjaya dikesan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply