ARKIB

KATEGORI

Buletin

Acara ‘Above and Beyond Tour’ sempena ulang tahun ke-70 Land Rover bakal bawa peserta ke New Zealand

Views

Sempena meraikan ulang tahun ke-70nya, Land Rover membawakan Above and Beyond Tour ke Malaysia. Untuk tahun ini acara tersebut bakal berlangsung di dua lokasi berbeza iaitu di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Ia bakal memberi peluang kepada para peserta pengalaman unik secara terus untuk merasai keupayaan dan ketenangan yang menjadi nadi kepada DNA Land Rover.

Above and Beyond Tour edisi kali ini bakal menyaksikan peserta mencuba beberapa siri halangan yang dibina khusus seperti meredah kolam air sepanjang 15 meter dengan kedalaman 600mm, mendaki lereng dan laluan yang tidak rata. Ia akan dipantau oleh tenaga pengajar Land Rover yang berpengalaman dan peserta akan berpeluang menguji keupayaan Range Rover Velar atau Discovery Sport semasa menempuh halangan tersebut.

Selain merasai pengalaman off-road, peserta juga berpeluang untuk mencuba tiga cabaran yang menyeronokkan dan mereka bakal terpilih ke cabaran pemanduan ‘sekali seumur hidup’ di Pusingan Akhir Above and Beyond Tour yang bakal berlangsung di New Zealand. Cabaran pertama, Ring Fenced bakal menyaksikan perserta diberi masa hanya tiga minit untuk memandu ke dalam ruang bulatan tertutup dan perlu melakukan pusingan 180° dan keluar dari laluan tersebut.

JOM BACA >> INFO: SUV Perodua (D38L) dan Toyota Rush, apa yang berbeza?

Kemudian peserta peserta akan ke cabaran Auto Test yang menyaksikan mereka perlu melepasi laluan sempit berbentuk ‘L’ dalam tempoh tiga minit sebelum mengundur dan kembali ke tempat permulaan. Akhir sekali peserta akan ke cabaran “What’s Wrong with My Car” yang menyaksikan mereka perlu mengenal pasti bahagian yang hilang atau ciri yang tidak berfungsi pada paparan kenderaan Land Rover. Peserta yang mendapat markah terbaik dari kedua-dua acara di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur bakal menjadi pemenang keseluruhan dari Malaysia.

Acara Above and Beyond Tour hanya menerusi jemputan atau pendaftaran sahaja. Mereka yang berminat untuk menyertainya perlu melayari laman rasmi acara tersebut di http://www.landrover.com.my/abt untuk mendapatkan maklumat untuk pendaftaran. Pendaftaran yang berjaya akan dihubungi menerusi e-mel. Slot adalah terhad dan mereka yang berminat digalakkan untuk mendaftar dengan segera. Peserta perlu berusia 18 tahun ke atas dan memiliki lesen memandu yang sah.

Lokasi acara Above and Beyond Tour:

Pulau Pinang – Bilik pameran SISMA Auto (Utara)

  • Tarikh: 10 dan 11 November 2018
  • Masa: 10.00 pagi hingga 4.00 petang
  • Alamat: 45 Jalan Sultan Ahmad Shah, 10050 Pulau Pinang

Kuala Lumpur – Galeri Antarabangsa di ALYA Kuala Lumpur

  • Tarikh: 17 dan 18 November 2018
  • Masa: 9.00 pagi hingga 5.00 petang
  • Alamat: No. 2A, Jalan Bukit Kiara 1, Bukit Kiara, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

JOM BACA >> INFO: Proton Iriz MC2 bakal guna kotak gear baharu?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply