Macam-macam hal! Walaupun kisah ini berlaku pada 25 Disember tahun lalu di Taipei, Taiwan kami sengaja nak kongsikannya kepada anda semua sebagai iktibar. Difahamkan dua buah kereta kenderaan mewah terlibat dalam kemalangan pelik dan yang menariknya kereta-kereta tersebut memiliki nombor pendaftaran yang sama.
Kejadian kemalangan pelik ini berlaku akibat sikap cemburu buta seorang isteri yang menyangka suaminya curang dan mempunyai skandal telah mengakibatkan sebuah Volvo XC40 memanjat sebuah BMW 3 Series. Ketika itu pemandu Volvo XC40, Zhan keluar membeli-belah bersama dengan anak perempuan berusia enam tahun.
Dia kemudian terlihat suaminya, Xiao Nan yang berjalan dengan penuh mesra bersama wanita lain seperti pasangan yang sedang bercinta. Zhan yang berang melihat situasi tersebut dan menyangka suaminya ‘main kayu tiga’ menghambat kereta BMW suaminya, namun lelaki tersebut menyedarinya dan cuba memecut untuk melarikan diri (takut bini rupanya).
JOM BACA >> PANAS : Ruang dalaman Proton Iriz MC2 diperlihatkan semasa sesi pandu uji Tun Dr Mahathir
Isterinya yang berjiwa kental terus menghambat dan merempuh kereta suaminya hingga kereta yang dipandunya berjaya memanjat kereta tersebut. Zhan turun dan dan mengejar wanita yang disyaki skandal suaminya, tetapi wanita tersebut berjaya melarikan diri dengan menaiki bas. Suaminya menafikan dia mempunyai hubungan sulit, sebaliknya wanita yang bersamanya itu sebenarnya merupakan rakan sekerjanya.
Kes tersebut disiasat oleh pihak polis dan menurut polis tindakan Zhan itu sangat berbahaya kerana cara pemanduannya boleh mengakibatkan kemalangan. Selain itu dia turut melanggar peraturan jalan raya dan turut membawa kanak-kanak berusia enam tahun bersamanya.
Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua. Si isteri janganlah ikut perasaan dan terlalu cemburu buta hinggakan sanggup bahayakan nyawa anak sendiri dan pengguna jalan raya lain. Si suami jangan pula nak try ‘berskandal’ pula kalau tahu isteri macam tu, dah la awak tu ahli PERTABI (Persatuan Takut Bini). Sesekali bawa isteri tu ke pejabat bagi dia kenal rakan sekerja kita, takde la kena serang ‘kamikaze’ camni lagi kan?
Sumber : Edisimedia.com
JOM BACA >> PANAS : Foto paling jelas Proton Iriz MC2 yang dipandu Tun Dr Mahathir di Putrajaya
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI