Seperti yang dilaporkan dalam hantaran di laman Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia kira-kira dua jam yang lalu, Berita Harian turut melaporkan kesesakan yang teruk sepanjang 11 kilometer menuju ke pantai timur di Lebuhraya Karak pagi ini adalah berpunca dari insiden treler terbakar dalam Terowong Genting Sempah.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), berkata insiden yang berlaku pada jam 1.37 pagi itu telah menyebabkan laluan kontra dibuka di KM38.2 hingga KM36.9 arah barat sebelum Terowong Genting Sempah bermula jam 8.24 pagi sehingga 9.06 pagi untuk kerja-kerja mengalihkan treler itu.
JOM BACA >> PANAS : Ruang dalaman Proton Iriz MC2 diperlihatkan semasa sesi pandu uji Tun Dr Mahathir
Kerja-kerja mengalihkan treler tersebut telah selesai dan laluan di dalam terowong itu telah mula dibuka pada jam 9.06 pagi namun trafik masih lagi sesak. Pemandu treler itu tidak mengalami sebarang kecederaan manakalanya trelernya pula hanya terbakar di bahagian depan.
Sementara itu jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, setakat ini aliran trafik bergerak perlahan dari Tapah ke Gopeng. Untuk mendapatkan maklumat trafik terkini hubungi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di talian 1800-88-7752 atau layari laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik dan www.twitter.com/llminfotrafik.
JOM BACA >> PANAS : Foto paling jelas Proton Iriz MC2 yang dipandu Tun Dr Mahathir di Putrajaya
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI