ARKIB

KATEGORI

Buletin

MESTI TONTON : Mitsubishi Triton 2019 dilancarkan, harga bermula dari RM100,200 

Pelancaran | FuntastickoTV

Views
Mitsubishi Triton Gaban dilancarkan: Harga RM99-134K. Spesifikasi menarik

Siang tadi  Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) secara rasminya melancarkan trak pikap paling popularnya, Triton 2019 untuk pasaran tempatan. Model tersebut telah dipertontonkan lebih awal kepada pengunjung Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) tahun lalu.

Triton 2019 kini berwajah baharu dan tampil dengan rekaan ala robotik dan futuristik. Ia merupakan warisan DNA reka bentuk baharu keluarga Mitsubishi bertemakan Dynamic Shield. Ia telah digunakan pada beberapa model sebelumnya termasuklah Pajero Sport dan juga Xpander.

Triton 2019 ditawarkan dengan lima pilihan varian yang dijual pada harga bermula RM100,200 sehingga RM135,200

Berikut adalah senarai harga Mitsubishi Triton mengikut varian:

  • Triton MT – RM100,200
  • Triton AT – RM105,990
  • Triton MT Premium – RM112,500
  • Triton AT Premium – RM118,600
  • Triton Adventure X – RM135,200

Untuk mengetahui info lebih terperinci mengenai Triton 2019, jom tonton video pelancaran yang telah disediakan oleh Editor kami, Shamsul Yunos.

JOM BACA >> PANAS : Ruang dalaman Proton Iriz MC2 diperlihatkan semasa sesi pandu uji Tun Dr Mahathir

Ikuti laman web, Facebook dan YouTube kami untuk video-video ulasan pandu uji terkini. Jangan lupa LANGGAN/SUBSCRIBE saluran YouTube rasmi kami di FTV dan jangan lupa tekan butang loceng untuk mendapatkan pemberitahuan dan menjadi yang terawal menonton episod baharu kami! Kalau belum tonton episod yang lepas, “MESTI TONTON : Pandu uji Mercedes-Benz C43 AMG dari Empangan Batu – Batang Kali – Gohtong Jaya – Genting Sempah – Jalan Gombak Lama”, jom kita layan!

Mercedes-Benz C43 AMG: 30 minit Green Hell Batu-Batang Kali-Gohtong-Genting Sempah-Jln Gombak Lama

JOM BACA >> PANAS : Foto paling jelas Proton Iriz MC2 yang dipandu Tun Dr Mahathir di Putrajaya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply