ARKIB

KATEGORI

Ulasan Pandu Uji

MESTI TONTON : Ujian Perbandingan Bahagian 2 – Sistem ADAS dan SENSING

Views
Proton X70 v Honda CR-V ADAS & SENSING patut jadi ciri wajib semua kereta

Bahagian kedua ujian perbandingan Proton X70, Honda CR-V dan KIA Sorento hanya membandingkan dua model yang mempunyai sistem elektronik Bantuan Pemandu. Sistem ini semakin canggih sehingga ada kereta yang mampu bergerak di lebuh raya tanpa bantuan pemandu. Antara langkah penting dalam proses menghasilkan kereta tanpa pemandu ialah sistem Kawalan Jelajah Adaptif yang boleh mengawal kelajuan kenderaan serta memastikan kereta berada pada jarak selamat dari kereta depan.

Proton menamakan sistem mereka sebagai ADAS – Advanced Driver Assist System manakala Honda pula mengglear sistem mereka dengan nama SENSING. Bezanya ADAS adalah sistem tahap pertama manakala SENSING yang dilengkapkan pada CR-V adalah sistem tahap kedua dan ianya lebih canggih berbanding yang sebelumnya.

Di China Boyue versi facelift model tahun 2019 akan ditawarkan dengan sistem ADAS 2.0 yang mirip kebolehan SENSING 2.0. Jadi ujian kali ini bukan untuk membandingkan kedua-dua sistem ini antara satu sama lain, tetapi sekadar untuk menunjukkan perbezaan antara dua tahap yang berlainan.

JOM BACA >> PANAS : Foto Perodua Aruz bocor – Bakal dilancarkan 15 Januari ini?

Ikuti laman web, Facebook dan YouTube kami untuk video-video ulasan pandu uji terkini. Jangan lupa LANGGAN/SUBSCRIBE saluran YouTube rasmi kami di FTV untuk menjadi yang terawal menonton episod baharu kami! Kalau belum tonton episod yang lepas, “MESTI TONTON : Ujian Perbandingan – Proton X70, Honda CR-V dan KIA Sorento : Bahagian 1”, jom kita layan!

Proton X70 vs Honda CR-V vs Kia Sorento: Ulasan paling komprehensif. Bahagian 1

i

JOM BACA >> INTIP : Lynk & Co 01 dikesan – Adakah ini ‘keldai ujian’ Proton X50?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply