ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Perodua Aruz mula dihantar ke bilik pameran

Views

Biasanya kami mendapat info risikan menerusi rakan pembaca, kali ini kami sendiri yang terserempak dengan sebuah treler pengangkut kenderaan Perodua yang berhenti sebentar di depan bangunan ibu pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kuantan tengah hari tadi. Yang menariknya kelihatan kelibat tiga buah Aruz yang masih ditutup dengan kanvas hitam.

JOM BACA >> PANAS : Foto Perodua Aruz bocor – Bakal dilancarkan 15 Januari ini?

Perodua Aruz secara rasminya bakal dilancarkan pada 15 Januari ini (Selasa malam). Kebetulan semasa kami sedang merakam gambar, angin bertiup agak kuat hinggakan kanvas penutupnya terbuka sedikit di bahagian bawah. Mungkin Aruz berwarna Amazon Green ini merupakan unit pandu uji kerana pada badannya ditampal dengan iklan.

Sempat juga kami merakam bentuk rim aloi dua tona yang pada kami sangat menarik dan nampak sporty. Aruz menggunakan tayar jenama Bridgestone Alenza bersaiz 17 inci yang turut dipakai oleh kembarnya Toyota Rush baharu. Nantikan kemunculan Aruz pada malam Selasa (15 Januari 2018) nanti di seluruh bilik pameran Perodua seluruh negara!

i

JOM BACA >> INTIP : Lynk & Co 01 dikesan – Adakah ini ‘keldai ujian’ Proton X50?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply