ARKIB

KATEGORI

Buletin

MForce lancar SYM Jet X – Dua varian, harga bermula dari RM8,888

Berita Tempatan

Views

Setelah dipertontonkan dalam sesi media bulan lalu, skuter terbaharu MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. (MForce), SYM Jet X telah dilancarkan secara rasmi dan akan berada di pasaran bermula hari ini (19 Mei 2021) di semua rangkaian pengedar MForce seluruh negara.

Skuter SYM Jet X 150 didatangkan dengan dua pilihan varian, iaitu Standard dengan harga bermula dari RM8,888 dan Special Edition (SE) yang dijual pada harga RM9,188 tidak termasuk pendaftaran dan cukai jalan. Tiga pilihan warna ditawarkan untuk varian Standard, iaitu Kelabu, Merah dan Kuning manakala varian SE hanya ditawarkan dengan warna Biru Chameleon.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

SYM Jet X 150 dikuasakan oleh enjin silinder-tunggal 149.6cc suntikan bahan api yang mampu menjana 12.3 kuasa kuda pada 8,000rpm dan 12Nm daya kilas pada 6,000rpm. Skuter ini tampil dengan reka bentuk yang kemas dan eksklusif serta didatangkan dengan sistem kunci pintar dengan penggera keselamatan.

Kesemua lampu yang ada pada skuter ini menggunakan mentol jenis LED dan ia turut dilengkapi dengan meter digital sepenuhnya dengan skrin auto malap. Skuter yang seberat 140kg ini mempunyai tangki bahan api berkapasiti 7.5 liter.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Ruang simpanan di bawah pelananya pula berkapasiti 18 liter dan cukup untuk memuatkan sebuah topi keledar pelitup-muka penuh. SYM Jet X 150 dilengkapi dengan brek jenis CBS, suspensi jenis-teleskopik pada fork depan dan penyerap hentak dwi-laras di belakang untuk sokongan premium dan kestabilan.

Skuter ini turut dilengkapi dengan soket pengecas USB bagi membolehkan anda mengecas peranti pintar semasa dalam perjalanan. Bagi setiap pembelian SYM Jet X 150, pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000 km (yang mana terdahulu) dan servis pembelian alat ganti tulen oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd..

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply