ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemasangan lampu HID yang tidak mematuhi spesifikasi akan diharamkan – Denda RM2,000

Views

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dalam perbahasan sidang Dewan Rakyat berkata, sebarang pemasangan lampu HID kereta secara retrofit yang tidak mematuhi spesifikasi adalah tidak dibenarkan, kecuali penukaran keseluruhan sistem pemasangan-penuh lampu tersebut dengan mendapat akreditasi daripada badan yang diberi kuasa seperti SIRIM.

Pemasangan Lampu HID yang diluluskan adalah yang mematuhi United Nation Regulations adalah seperti berikut:

  • UNECE R48: Installation Of Light
  • UNECE R98: Gas-Discharge Headlamp
  • UNECE R99: Gas-Discharge Headlamp Source dan pemasangan lampu HID yang dilakukan oleh syarikat pengeluar kenderaan yang mematuhi standard di atas.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Proton Persona facelift 2019?

Sebagai contoh, United Nation Regulations 48 (UNR48) yang berkaitan lampu kenderaan, lampu utama kenderaan hanya boleh menggunakan lampu dengan kadar pancaran cahaya (brightness intensity) 4,300K maksimum. Tetapi dalam pasaran, terdapat lampu HID yang mencecah sehingga 16,000K. Mereka yang didapati bersalah boleh didakwa dan didenda maksima RM2,000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan.

Sumber : Facebook rasmi Anthony Loke Siew Fook

JOM BACA >> PANAS: Ottimo bakal perkenal moped ‘harga marhaen’ tidak lama lagi!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply