ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mitsubishi tayang imej acah Triton facelift

Views

Nampak gayanya, tak lama lagi salah satu daripada trak pikap kegemaran ramai Mitsubishi Triton bakal berwajah baharu. Walaupun imej acah ini sengaja digelapkan bagi mengaburi wajah sebenarnya, namun jelas kelihatan sedikit wajah baharu Triton facelift yang akan mendapat jeriji dengan identiti Dynamic Shield sama seperti pada model SUV Pajero Sport.

JOM BACA >> INFO: Fakta Ringkas Menarik Mengenai Proton X70

Di Malaysia ada beberapa pemilik Triton telah melakukan pembedahan kosmetik pada Triton mereka dengan menggunakan wajah Pajero Sport dan penulis pernah sekali terserempak dengan trak pikap tersebut di Kuantan. Namun agak malang, gambar Triton tersebut tidak sempat dirakam kerana ia terus beredar ketika penulis baharu sahaja sampai di kawasan parkir tersebut.

Jika diperhatikan pada bahagian bampar, Triton facelift mempunyai lampu pada sisi bahagian tersebut yang seakan model MPV Xpander. Sekilas pandang, ia iras model konsep Mitsubishi GR-HEV pada tahun 2013 dan versi facelift ini nampak lebih garang, moden dan maskulin berbanding model semasa. Buat masa ini tiada sebarang maklumat mengenai spesifikasi model tersebut dikeluarkan oleh pihak Mitsubishi.

Apa pun, kita sama-sama nantikan kemunculannya!

JOM BACA >> Perodua Lancar Alza Berwajah Baharu – Tempahan Kini Dibuka

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply