ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP: Apa yang diuji oleh Daihatsu Thor ini?

Views

Dalam diam-diam, dewa petir dari Asgard telah mendarat di bumi Malaysia! Laman web rakan media kami, Carlist.my sebentar tadi baharu sahaja memuatnaik beberapa foto intipan model Daihatsu Thor yang berjaya dikesan dalam kawasan parkir sebuah hotel. Kelibatnya telah berjaya dikesan sendiri oleh penulis artikel tersebut, Eric yang ketika itu sedang bercuti.

Model ini turut dikenali dengan nama Toyota Roomy di negara matahari terbit, Jepun. Walaupun model yang ditemui ini tidak memakai celoreng penyamaran, ia tetap ditutup pada beberapa bahagian terutama emblem depan selain emblem belakangnya dibuang terus. Nama model tersebut turut ditutup bagi merahsiakan identitinya.

JOM BACA >> Perodua Lancar Alza Berwajah Baharu – Tempahan Kini Dibuka

Ia sekaligus menimbulkan tanda tanya mengenai apakah fungsi model ini sebenarnya. Pertama sekali plet perdagagan B 3598 A yang digunakan adalam sama seperti foto intipan Daihatsu Move yang pernah kami paparkan sebelum ini. Namun model tersebut hanya digunakan oleh jurutera Perodua untuk tujuan menguji sistem yang sama seperti A.S.A pada model Myvi generasi baharu dan model pengganti Kenari masih tiada dalam perancangan mereka buat masa ini.

Kelihatan juga sebuah peranti seperti kamera dilekatkan pada cermin hadapan kenderaan tersebut. Persoalan kedua, kelihatan satu objek berbentuk silinder yang dilekatkan pada bahagian bumbung model tersebut. Kebiasaannya objek tersebut digunakan pada ‘mule’ sebuah model baharu yang sedang dibangunkan. Namun kenderaan yang akan dibangunkan itu nanti masih ‘misteri’ dan kami syak, ia akan mempunyai ketinggian hampir sama dengan model Thor.

Boleh jadi jarak ‘lega tanah’ model itu nanti membuatkannya lebih tinggi dari model sedia ada. Mungkinkah sebuah SUV kompak atau model crossover dari model sedia ada kini sedang dibangunkan oleh Perodua ketika ini? Adakah Perodua ingin mengeluarkan sebuah lagi SUV selain D38L tapi dengan saiz yang lebih kecil seperti model konsep Daihatsu DN Trec 2017? Seperti yang kita tahu, Perodua sangat cekap menyimpan rahsia mereka dan kami akan cuba menyeru Mat Bond sekali lagi untuk menjalankan risikan.

Moh ler mem’bawang’!

JOM BACA >> INFO: Fakta Ringkas Menarik Mengenai Proton X70

KLIK UNTUK BESARKAN

Daihatsu DN Trec concept 2017

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply