Mitsubishi Motors Corporation (Mitsubishi Motors) dengan bangganya mengumumkan tiga model terbaharunya iaitu, trak pikap Triton, SUV kompak Xforce dan ‘kei-car‘ wagon-tinggi Delica Mini telah menerima pengiktirafan Good Design Award 2023 dari Institut Promosi Reka Bentuk Jepun.
Mitsubishi Motors telah berusaha untuk mencipta reka bentuk unik yang tersendiri berdasarkan falsafah reka bentuk ‘Robust & Ingenious‘.
Trak pikap Triton serba baharu direka berasaskan konsep reka bentuk ‘Beast Mode‘ yang menyerlahkan kegagahan luaran, manakala rekaan dalamannya meningkatkan praktikaliti dengan mengambil kira penggunaan profesional.
JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
Menurut juri, penggayaan model trak pikap yang disasarkan untuk pasaran ASEAN dan Amerika Latin ini memenuhi sepenuhnya keperluan dan berjaya menyampaikan identiti jenama dengan jelas.
Model ini juga menawarkan ruang kabin yang lapang, panel instrumen berfungsi, bed kargo yang rendah dan beberapa ciri mesra pengguna yang lain.
SUV kompak Xforce serba baharu direka berdasarkan konsep reka bentuk ‘Silky & Solid‘ dan menampilkan rekaan yang bergaya, penggayaan SUV yang tulen dan ruang dalaman yang canggih.
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
Juri berkata, reka bentuk luarannya memberikan visual seolah-olah bersaiz besar, meskipun saiznya agak kompak. Rekaan dalamannya pula berjaya mewujudkan rasa keterujaan yang berharmoni dengan profil luaran.
‘Kei-car‘ wagon-tinggi Delica Mini pula menggabungkan ruang dalaman yang luas dan prestasi pemanduan yang hebat. Reka bentuknya bertemakan ‘Daily Adventure‘ dengan menampilkan gaya-SUV, manakala kabinnya sesuai untuk kegunaan di luar dan harian.
Kata juri, rekaan luarannya memberikan rasa kekukuhan dan berjaya menggabungkan gaya moden dengan keberanian yang ‘membangkitkan rasa pengembaraan’. Malah, reka bentuk dalamannya juga dipadankan begitu baik dengan luaran.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
KOMEN TERKINI