Hari ini Mitsubishi Motors Corporation (Mitsubishi Motors) secara rasminya melancarkan generasi keenam trak pikap Triton (2023) diperingkat global bertempat di Bangkok, Thailand.
Triton (2023) tampil buat pertama kalinya dalam bentuk model konsep, iaitu XRT Concept sempena Bangkok International Motor Show 2023 pada Mac lalu.
Ia akan mula berada di pasaran rantau ASEAN dan Oceania, serta bakal dilancarkan di Jepun pada awal 2024, buat pertama kalinya dalam tempoh 12 tahun.
Menurut pengarah reka bentuk program Mitsubishi Motors, Norihiko Yoshimine, reka bentuk Triton/L200 2023 diilhamkan daripada konsep ‘Beast Mode‘, dengan penampilan jeriji ‘Dynamic Shield‘ gaya baharu.
Apa yang menarik tentang Mitsubishi Triton (2023)? Jom kita ‘telusuri’ fakta ringkas menarik mengenai trak pikap baharu ini!
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
Pilihan bentuk badan
Di pasaran Thailand, ia ditawarkan dengan tiga jenis bentuk badan iaitu Double Cab, Club Cab dan Single Cab.
Pilihan varian
Untuk pasaran Thailand ia ditawarkan dengan empat pilihan varian, iaitu dua versi Double-cab (Highest dan Standard) manakala masing-masing satu varian untuk Club-cab (High) dan Single-cab (Standard).
Pilihan warna
Enam pilihan warna ditawarkan, merangkumi White Diamond, Solid White, Graphite Gray Metallic dan Jet Black Mica termasuk dua warna baharu iaitu Yamabuki Orange Metallic dan Blade Silver Metallic.
Casis
Triton (2023) dibina dari casis kerangka tangga (ladder frame) terkini yang mempunyai 65 peratus kawasan ‘keratan rentas’ berbanding model sebelumnya.
Ia turut mencapai peningkatan ‘ketegaran lenturan’ sebanyak 40 peratus dan peningkatan ketegaran kilasan sebanyak 60 peratus. Badan Triton (2023) adalah lebih ringan dengan penggunaan bahan keluli tegangan tinggi 1180 Mpa.
Dimensi
Dari segi dimensi, Triton (2023) berukuran 5,305mm panjang, 1,815mm lebar dan 1,795mm tinggi, manakala jarak antara gandar rodanya pula 3,130mm. Ini bermakna, Triton generasi baharu kini lebih besar dan ringan berbanding model terdahulu.
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
Enjin dan transmisi
Triton (2023) dijana oleh enjin diesel baharu 2.4 liter (2,442cc) 4-silinder DOHC 16-injap Intercooled Turbocharged (4N16) dengan sistem suntikan bahan api.
Enjin ini menawarkan tiga output berbeza iaitu, 201 kuasa kuda dengan 470 Nm daya kilas (varian mercu), 181 kuasa kuda dengan 430 Nm daya kilas dan 147 kuasa kuda dengan 330 Nm daya kilas.
Dua pilihan untuk sistem transmisi ditawarkan, iaitu automatik 6-kelajuan dengan mod Sport dan manual 6-kelajuan dengan ‘shift-by-wire’.
Sistem Pacuan
Triton (2023) didatangkan dengan dua pilihan sistem pacuan, iaitu pacuan empat roda (4WD) untuk varian Double-cab (Highest) dan Single-cab (Standard), serta pacuan dua roda (2WD High Rider) untuk varian Double-cab (Standard) dan Club-cab (High).
Keselamatan
Dari segi aspek keselamatan, Triton (2023) didatangkan dengan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Tebatan Perlanggaran Hadapan (FCM), Amaran Titik Buta (BSW) dengan Bantuan Tukar Lorong (LCA), dan Amaran Trafik Lintasan Belakang (RCTA).
Selain itu, ia turut dilengkapi dengan sistem telematik Mitsubishi Connect yang boleh menjejak lokasi kenderaan, memeriksa baki bahan api, rekod pemanduan dan aspek lain keadaan kenderaan. Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi tersebut ke telefon pintar.
Menurut Mitsubishi, Triton (2023) dijangka bakal dilancarkan ke pasaran Malaysia pada tahun hadapan.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit @JaMtoka
Foto kredit Headlightmag.com
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
KOMEN TERKINI