ARKIB

KATEGORI

Buletin

MOT bantu kerajaan Pahang bina Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan

Berita Tempatan

Views

Kementerian Pengangkutan (MOT) sedia membantu kerajaan Pahang merealisasikan rancangan membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan (KIA), kata menterinya, Anthony Loke.

Beliau bagaimanapun berkata setakat ini, pihaknya masih lagi belum menerima sebarang permohonan Lesen Pengendali Aerodrom daripada pemaju projek, iaitu aspek penting yang perlu ada sebelum meneruskan pembangunan lapangan terbang berkenaan.

Katanya, sebaik permohonan lesen tersebut diterima, kementerian akan melakukan kajian dari segi trafik sama ada lokasi yang bakal dibangunkan itu bersesuaian atau sebaliknya, kerana ia merupakan sebahagian daripada Kajian Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara (NASP).

“Projek ini ialah projek pelaburan swasta. Ini bukannya projek di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT). Kita boleh memudah cara. Apa yang diperlukan ialah mereka mendapat kelulusan daripada Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN).

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

“Selepas itu, mana-mana syarikat atau pemaju projek tersebut perlu memohon lesen aerodrom daripada MOT. “Itu ialah proses biasa yang terpakai kepada semua pihak.

Setakat ini, saya difahamkan mereka (pemaju) masih dalam proses memohon lesen tersebut, kalau ada permohonan, tentu kementerian akan proses,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan projek pembinaan KIA selepas hadir Persidangan Antarabangsa Pelabuhan Kuantan 2024 sempena Ulang Tahun ke-50 Pelabuhan Kuantan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah di Kuantan, semalam.

Projek itu yang sepatutnya bermula tahun lepas dan dijangka beroperasi pada 2026, masih belum lagi memulakan pembinaannya setakat ini.

Loke berkata hasrat kerajaan Pahang untuk membina lapangan terbang tersebut memandangkan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, di kawasan milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sekali gus mewujudkan kekangan.

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

“Kerajaan Pahang sudah lama lama menyatakan hasrat ingin melihat satu (lagi) lapangan terbang penerbangan awam secara khusus. Ia banyak kekangan sebab berkongsi dengan landasan Tentera Udara.

“Jadi untuk jangka masa panjang, sekiranya dibangunkan satu lapangan terbang khusus untuk penerbangan awam, memanglah satu yang baik dan membawa kemajuan kepada Pahang kerana ia akan menjadi laluan kepada Pantai Timur,” katanya.

Rancangan pembinaan lapangan terbang itu, diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada Oktober 2021, yang semasa itu memaklumkan secara dasarnya ia telah dipersetujui MPFN dengan kerajaan negeri diminta membuat kajian mendalam berhubung projek itu.

Pada 6 Julai 2022, Wan Rosdy berkata pembinaan lapangan terbang dengan kos RM2 bilion itu akan menjadi sebahagian daripada rancangan pembangunan bercampur bandar aeroangkasa di Gebeng, membabitkan kawasan seluas 5,042 hektar yang disifatkan sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi Pahang. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit East Coast Rail Link – ECRL

 

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply