Tindakan penunggang melakukan ‘wheelie‘ bukan sahaja meragut nyawa sendiri, malah mengakibatkan seorang lagi maut apabila motosikal mereka bertembung, dalam kejadian di Jalan Kutan, Tumpat, semalam.
Ketua Polis Tumpat Mohd Khairi Shafie, berkata nahas kira-kira 12.15 tengah malam itu melibatkan motosikal dinaiki remaja berusia 17 tahun bersama pemboncengnya, berusia 16 tahun dengan seorang lagi penunggang, lelaki berusia 53 tahun.
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron Highlands, Myvi@King jadi peneman?
“Siasatan awal mendapati penunggang remaja bersama pemboncengnya dari arah Pasir Pekan ke Pasir Mas itu melakukan aksi berbahaya dengan mengangkat tayar hadapan, sambil memotong sebuah kereta sebelum memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan motosikal ditunggang lelaki berusia 53 tahun terbabit.
“Akibatnya kedua-dua penunggang motosikal telah terjatuh di lokasi kemalangan dan cedera parah pada bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya menurut Bernama.
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
Beliau berkata, mayat kedua-dua penunggang motosikal dibawa ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat manakala pembonceng yang cedera parah pada kaki dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II.
Katanya, kes disiasat lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Free Malaysia Today
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
KOMEN TERKINI