ARKIB

KATEGORI

Buletin

Motosikal prototaip Modenas Spider!

Views

modenas spider 2

Foto-foto Modenas Spider ini telah diperolehi daripada rakan lama saya Nordee Darudin di laman Facebooknya tadi. Motosikal prototaip tersebut telah dipamerkan di booth Modenas semasa Islamic Bikes Fest di Seberang Prai. Saya rasa rekaan Modenas Spider telah diinspirasikan daripada model Can-Am Spyder. Sebenarnya, Modenas telah mengubahsuai model Modenas Ace 115 dengan menambah dua lagi roda dibahagian sisi kiri dan kanan roda hadapan untuk menjadikannya sebuah motosikal Spider.

modenas spider 1

Agak kreatif juga hasilnya, namun unit prototaip tersebut berkemungkinan besar tidak akan memasuki pasaran. Sebelum ini Modenas telah membangunkan beberapa prototaip seperti motard dan ATV.  Setakat ini hanya unit ATV telah dikeluarkan oleh Modenas tetapi hanya untuk inventori Angkatan Tentera Malaysia.

* Bila lah Modenas nak keluar model baharu, sepatutnya dah ada skuter, kapchai dan motard.. kalau dapat buat superbike kecil pun dah bagus. Dengar cerita Modenas dah ada enjin sendiri, tapi masih belum dikomersilkan. 🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

5 Comments

Leave a Reply