ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mugen tayang kit badan dan aksesori untuk Honda Civic Hatchback

Berita Global

Views

Mugen telah menyiarkan dua foto yang memaparkan kit badan baharu yang bakal ditawarkan untuk model Honda Civic Hatchback. Dari depan, kita dapat melihat kemasan hitam legap dengan jejalur krom kusam halus pada bahagian jeriji yang turut ditampal dengan lencana Mugen.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Pada bahagian bawah bampar kelihatan splitter yang diberi kemasan hitam berkilat yang memberikan gaya lebih agresif. Cermin sisi dan skirt sisi turut diberi kemasan hitam berkilat, manakala lencana Mugen turut ditampal pada bahagian bawah pintu belakang.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Kemasan hitam berkilat bersambung ke belakang pada bahagian penjuru bampar dan juga spoiler pada butnya. Bukan itu sahaja, Mugen turut menawarkan rim aloi bersaiz 18-inci dan sistem ekzos sport. Selain itu, Mugen juga merancang untuk menawarkan beberapa aksesori di ruang dalaman model tersebut.

Perincian pernuh termasuk harga dan imej kit yang bakal ditawarkan oleh Mugen bakal diumumkan pada 5 September nanti. buat masa ini tidak dapat dipastikan lagi sama ada aksesori tersebut akan turut ditawarkan kepada pemilik Civic Hatchback di luar Jepun.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply