ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rider Foodpanda patah kaki dihempap pokok tumbang

Berita Tempatan

Views

Seorang penghantar makanan patah kaki selepas dihempap pokok yang tumbang dalam kejadian angin kencang dan hujan lebat di Jalan Besar Pekan Telok Sengat, di Kota Tinggi semalam.

K! ONLINE melaporkan, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 3 petang melibatkan seorang lelaki berusia 23 tahun dari Felda Sungai Mas.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Katanya, selain motosikal jenis Yamaha 135 LC ditunggang mangsa, turut terlibat dalam kejadian itu adalah sebuah kereta jenis Perodua Axia dipandu warga emas berusia 61 tahun yang kemik di bahagian kiri.

Ketika kejadian, cuaca hujan dan angin kuat. Sebatang pokok besar tumbang dan menghempap bahagian hadapan kereta Perodua Axia. Tambahnya, pada masa sama, sebuah motosikal turut dihempap pokok tersebut menyebabkan penunggangnya patah kaki kiri.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Hussin berkata, Ketua Polis Balai Telok Sengat bersama anggota bergegas ke tempat kejadian untuk membuat kawalan lalu lintas serta memberikan bantuan kecemasan di lokasi.

Mangsa ketika itu terbaring atas jalan raya bersama motosikalnya dan dihantar ke Hospital Daerah Kota Tinggi untuk mendapatkan rawatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Adam Wong Jr.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply