ARKIB

KATEGORI

Buletin

Najib syor kerajaan sambung semula projek HSR

Berita Tempatan

Views

Kerajaan disyorkan untuk menyambung semula projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang bakal menghubungkan dua ekonomi terbesar ASEAN, Malaysia dan Singapura mengikut konsep dan perancangan asal.

Menurut Sinar Harian, Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, projek itu akan memberi nafas baru kepada koridor selatan semenanjung seperti Iskandar Malaysia, Batu Pahat, Muar, Melaka, Seremban dan sebagainya.

Katanya, semasa pembinaan projek HSR, ia dijangka mewujudkan 70,000 peluang pekerjaan secara langsung dan tidak langsung.

Selepas projek HSR siap beroperasi, ia mampu memberi keuntungan ekonomi sekitar AS$1.6 bilion (RM6.7 bilion) setahun mengikut kaji selidik Institut Pembangunan Ekonomi Jepun dengan syarat landasan perlu dihubungkan dengan Singapura.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Pada Januari lalu, media melaporkan projek HSR Kuala Lumpur-Singapura ditamatkan memandangkan kedua-dua negara gagal mencapai persetujuan berhubung perubahan yang dicadangkan oleh Malaysia susulan perjanjian projek itu berakhir pada 31 Disember 2020.

Pada 13 Disember 2016, Malaysia dan Singapura memeterai perjanjian dua hala penting untuk membuka jalan bagi pelaksanaan projek HSR yang dijadualkan siap pada 2026 dan akan memendekkan masa perjalanan antara kedua-dua bandar kepada 90 minit.

Menurut Najib, tindakan menggantikan projek HSR dari Singapura ke Kuala Lumpur kepada KLIA ke Johor Bahru akan menjadikan projek ini tidak berdaya maju dan akhirnya merugikan negara apabila terpaksa membayar subsidi berbilion-berbilion.

Tambahnya, mengembalikan semula projek HSR kepada perancangan asal juga dapat menghidupkan semula projek Bandar Malaysia yang bernilai RM140 bilion dari segi nilai pembangunan kasar (GDV).

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Justeru itu, Najib turut mencadangkan agar tanggungjawab dan pemilikan projek pembangunan diberikan kepada tabung-tabung seperti Kumpulan Wang Simapanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Katanya, kedua-dua badan itu terbukti dapat bekerjasama dengan baik sehingga menjayakan pembangunan projek Battersea di London.

Projek ini juga boleh dijayakan secara usahasama dengan pelabur Singapura memandangkan HSR berhubung dengan negara itu jika KWSP dan PNB berpendapat ia memberi kelebihan.

Katanya lagi, sekiranya ini berlaku, beliau mencadang ia dijenamakan semula sebagai Bandar ASEAN supaya meletakkan Malaysia sebagai pusat kepada ASEAN dalam usaha menarik perhatian komuniti antarabangsa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply