ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nama baharu model Proton selepas X70 – Ini ramalan kami

Views

Selepas ini, bukan sahaja model-model generasi baharu Proton bakal memasuki generasi ke-empat bermula dengan SUV pertamanya X70, malah nama model-model Proton selepas ini hanya akan menggunakan kombinasi abjad dan nombor. Ia dikatakan lebih sesuai sekiranya model-model menembusi pasaran luar, tanpa perlu risau mengenai had batasan penggunaan bahasa.

Secara tidak langsung ia menandakan berakhirnya era nama-nama model Proton seperti Saga, Persona, Prevé, Exora, Iriz, Suprima S, Perdana dan lain-lain selepas ini. Nama model-model generasi baharu Proton akan lebih global dan akan mengikut jejak langkah beberapa jenama pengeluar kereta lain seperti Volvo, BMW, Mercedes-Benz, KIA, Audi dan sebagainya.

JOM BACA >> INFO: Fakta Ringkas Menarik Mengenai Proton X70

Sebenarnya ini bukan kali pertama Proton menggunakan kombinasi abjad dan nombor pada model kerana model Saga FLX untuk pasaran Australia dikenali sebagai S16. Kami menjangkakan nama-nama baharu bagi model Proton pada masa akan datang mungkin seperti berikut:

Untuk model sedan dan hatchback:

  • Proton P1 – untuk segmen A (Saga)
  • Proton P2 – untuk segmen B (Persona, Iriz)
  • Proton P3 – untuk segmen C (Prevé, Suprima S)
  • Proton P4 – untuk segmen D (Perdana)

Untuk model SUV dan crossover:

  • Proton X30 – untuk segmen A
  • Proton X50 – untuk segmen B
  • Proton X70 – untuk segmen C
  • Proton X90 – untuk segmen D

Untuk model MPV:

  • Proton V1 / P1 Grand Tourer – untuk segmen A
  • Proton V2 / P2 Grand Tourer – untuk segmen B
  • Proton V3 / P3 Grand Tourer – untuk segmen C
  • Proton V4 / P4 Grand Tourer – untuk segmen D

Untuk model kereta sport:

  • Proton GT1 / S1
  • Proton GT2 / S2
  • Proton GT3 / S3
  • Proton GT4 / S4

Nama-nama ini hanyalah ramalan ‘suka-suka’ kami, berpandukan nama-nama dari pengeluar lain mengikut genre dan segmen yang berbeza. Jangan ada yang percaya hidup-hidup dah ler! Kalau ada cadangan nama anda sendiri boleh kongsikan diruangan komen laman web ini atau di laman Facebook rasmi kami.

JOM BACA >> Perodua Lancar Alza Berwajah Baharu – Tempahan Kini Dibuka

KLIK UNTUK BESARKAN

   

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply