ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nasib tujuh beranak berhimpit tidur dalam kereta dapat perhatian Baitulmal

Tular

Views

Tujuh beranak yang terpaksa tidur dalam kereta di belakang deretan kedai di Taman Mawar Lestari, Selama, di sini, sepanjang tiga hari dari awal sudah mendapat perhatian Baitulmal (Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak- MAIPk).

Harian Metro melaporkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selama, Mohd Akmal Kamarudin berkata, Baitulmal sudah maklum dan sedang dalam proses mencari rumah sewa buat keluarga itu selain akan menanggung bayaran sewa bulanan.

Beliau berkata, keadaan keluarga itu sememangnya dalam pengetahuan Baitulmal, namun berlaku sedikit masalah apabila di hari-hari berikutnya, suami isteri serta lima anak berusia antara dua hingga 15 tahun itu tidak dapat dijejaki.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Katanya, dari hari pertama lagi selepas kisah keluarga berkenaan ditularkan penduduk setempat, Baitulmal sudah memberi RM300 kepada keluarga itu iaitu ketika berjumpa mereka selain ketua kampung juga sebenarnya bekerja keras untuk membantu.

Selepas itu, semua pihak mencari mereka untuk membantu tetapi tidak dapat kesan keberadaan mereka. Rupa-rupanya dimaklumkan mereka berada di Pejabat PKR (Parti Keadilan Rakyat) Selama. Sedangkan, Baitulmal sudah maklum dan sedang dalam proses mencari rumah sewa selain akan menanggung bayaran sewa setiap bulan.

Mohd Akmal yang juga Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak berkata, pihaknya melalui Pusat Khidmat Adun Selama berserta MAIPk menggerakkan usaha mencari keluarga itu seharian suntuk sewaktu hari pertama kisah keluarga itu ditularkan di media sosial, namun gagal.

12 Kereta Rare Bawah RM5K - Sembang Engear

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Jelasnya kes keluarga itu sememangnya membabitkan salah faham keluarga. Banyak juga badan bukan kerajaan (NGO) yang tampil membantu dan pihaknya mengucapkan terima kasih serta tahniah pada pihak berkenaan.

Terdahulu, Adun Hulu Kinta yang juga Ketua Penerangan PKR Perak, Muhammad Arafat Varisai Mahamad, berkata, pihaknya melalui Pejabat PKR Selama tampil membantu keluarga itu dengan menempatkan mereka sementara di pejabat berkenaan sejak Sabtu lalu.

Bagaimanapun petang semalam, Harian Metro melaporkan Muhammad Arafat turut mendapatkan rumah sewa yang akan dihuni keluarga itu mulai semalam dengan bayaran sewa RM500 sebulan yang dibayarkan pihaknya selama tiga bulan.

Pada masa sama, Muhammad Arafat berkata pihaknya turut mendapatkan barangan keperluan rumah dan dapur buat tujuh beranak itu yang dilaporkan meninggalkan rumah sejak Khamis lalu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply