ARKIB

KATEGORI

Buletin

Naza Kia Malaysia bawa juara futsal ke Perancis

Views

Puchong Fuerza A muncul juara pertandingan futsal yang dianjurkan oleh Naza Kia Malaysia dan bakal mewakili Malaysia pada pertandingan “Kia Champ Into The Arena” di Bordeaux, Perancis awal Julai nanti. Mereka telah menewaskan 63 pasukan lain dari seluruh negara dan bakal diterbangkan ke Perancis dengan segala perbelanjaan ditanggung sepenuhnya serta wang tunai RM6,000, piala, pingat emas dan tiket untuk menyaksikan perlawanan suku akhir EURO 2016.

“Kia Champ Into The Arena” merupakan inisiatif global oleh Kia Motors Corporation untuk rakyat Malaysia merasai pengalaman dan menjadi sebahagian dari kemeriahan EURO 2016. Untuk kategori Terbuka Lelaki sejumlah 63 pasukan mengambil bahagian, manakala 24 pasukan bersaing untuk Terbuka Wanita.

Naib juara kategori Terbuka Lelaki disandang oleh pasukan M.A.C FC A yang berjaya membawa pulang wang tunai RM4,000 dan pingat perak, manakala tempat ketiga dimenangi pasukan Raff MBC B yang menerima wang tunai RM2,500 dan pingat gangsa serta tempat keempat jatuh kepada pasukan Ally F.T yang memenangi wang tunai RM1,500 dan juga pingat gangsa.

Dalam kategori Terbuka Wanita pula, Shardy FC triumphedand muncul juara dan membawa pulang wang tunai RM2,000 dan pingat emas. Naib juara dimenangi pasukan REM FC yang memenangi RM1,500 dan pingat perak, manakala tempat ketiga dimenangi pasukan Power to Surprise yang menerima wang tunai RM1,000 dan pingat gangsa.

“Rakyat Malaysia amat mencintai sukan futsal dan bolasepak. Kami amat berbesar hati untuk menghantar wakil Malaysia ke Perancis nanti untuk bersaing dengan pemain pemain dari Eropah. ” kata Dato’ Samson Anand George, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Automotif, Naza Corporation Holdings.

Selain Kia Champ Into the Arena, Naza Kia Malaysia turut memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang bertuah untuk memenangi perjalanan yang ditanggung sepenuhnya ke Perancis untuk menonton perlawanan pembukaan EURO 2016. Pelanggan yang memandu uji mana mana model Kia bakal menerima kupon cabutan bertuah dan secara automatik layak untuk menyertainya. Pemenang bakal diumumkan pada bulan Mei nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

Photo1 Photo2

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply