ARKIB

KATEGORI

Buletin

Yamaha MT-25 2024 kini dengan dua pilihan warna baharu, harga RM23,998

Berita Tempatan

Views

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) semalam telah memperkenalkan dua pilihan warna baharu bagi model Yamaha MT-25 untuk tahun 2024.

Dua pilihan warna tersebut adalah Midnight Black dan Midnight Cyan. Ia boleh mula didapati di semua pengedar sah Yamaha seluruh negara bermula hari ini (8 Mei 2024).

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Harga runcit yang disyorkan adalah RM23,998, tidak termasuk yuran pendaftaran dan perlindungan insurans. Ini bermakna, harganya telah mengalami kenaikan RM1,000 berbanding dengan model terdahulu.

Tiada sebarang perubahan kosmetik dilakukan selain penawaran warna baharu, dan ia masih lagi mengekalkan enjin dua silinder sebaris suntikan bahan api 249 cc DOHC yang dipadankan bersama transmisi enam-kelajuan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Kombinasi rangkaian kuasa ini mampu menghasilkan output sebanyak 26.4 kW pada 12,000 rpm dan 22.6 Nm daya kilas pada 10,000 rpm.

Pemilik baharu Yamaha MT-25 2024 akan menerima kunci cakera keselamatan Yamaha bernilai RM100 secara percuma dengan setiap pembelian.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply