ARKIB

KATEGORI

Buletin

Shell kekal komited terhadap perniagaan di Malaysia

Berita Tempatan

Views

Syarikat minyak dan gas terkemuka global, Shell kekal komited terhadap perniagaan mobiliti di Malaysia memandangkan negara ini sangat penting bagi syarikat itu.

Ia berkata demikian bagi menjelaskan mengenai berita membabitkan perniagaan bahan api runcitnya. Media melaporkan Shell sedang berbincang dengan Saudi Aramco milik kerajaan Arab Saudi untuk menjual perniagaan stesen minyaknya di Malaysia.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Mengikut empat sumber industri yang mengetahui mengenai perbincangan itu berkata, perjanjian urus niaga itu boleh bernilai sehingga AS$1 bilion (RM4.7 bilion).

“Malaysia penting kepada Shell. Kami kekal komited terhadap perniagaan mobiliti di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan ringkas mengulas mengenai berita perniagaan bahan api runcitnya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Laporan berita itu yang memetik sumber berkata, rundingan bermula pada akhir 2023 dan perjanjian mungkin dimuktamadkan dalam beberapa bulan akan datang.

Sumber berkenaan yang diberi taklimat mengenai perkara itu meletakkan potensi saiz urus niaga pada kira-kira RM4 bilion hingga RM5 bilion (AS$844 juta hingga AS$1.06 bilion).

Shell yang berpangkalan di London memiliki rangkaian stesen minyak kedua terbesar di negara ini. Ia memiliki sepenuhnya sekitar 950 stesen minyak di seluruh negara Asia Tenggara, menurut laman webnya. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply