ARKIB

KATEGORI

Buletin

Yamaha MT-15 2024 kini dengan warna baharu ‘Midnight Cyan’, harga RM12,498

Berita Tempatan

Views

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini model Yamaha MT-15 untuk tahun 2024 dengan tambahan satu pilihan warna baharu yang aggresif.

Warna sedia ada, iaitu Midnight Black masih lagi dikekalkan dan kini ia ditawarkan dengan pilihan warna baharu, Midnight Cyan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Yamaha MT-15 2024 boleh mula didapati di semua pengedar sah Yamaha seluruh negara bermula hari ini (8 Mei 2024).

Harga runcit yang disyorkan adalah RM12,498, tidak termasuk yuran pendaftaran dan perlindungan insurans. Ini bermakna, Yamaha MT-15 2024 telah mengalami sedikit kenaikan harga berbanding model terdahulu.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Tiada sebarang perubahan kosmetik dilakukan dan ia masih lagi mengekalkan enjin 155 cc silinder tunggal sejukan cecair SOHC yang menjana 14.2 kW pada 10,000 rpm dengan 14.7 Nm daya kilas pada 8,500 rpm.

Enjin ini digandingkan dengan transmisi manual enam kelajuan. Pemilik baharu Yamaha MT-25 2024 akan menerima kunci cakera keselamatan Yamaha bernilai RM100 secara percuma dengan setiap pembelian.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply