ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis buru suspek pecahkan cermin belakang Honda City Hatchback milik Safiq Rahim

Berita Tempatan

Views

Polis sedang giat mengesan suspek yang memecahkan cermin kereta bekas ketua pasukan skuad kebangsaan Safiq Rahim yang dilapor dipecahkan di pusat latihan Johor Darul Ta’zim (JDT), di Jalan Sri Gelam, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata siasatan sedang dijalankan dan usaha mengesan suspek sedang dilakukan.

Ujar beliau, siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan. Polis sedang mengesan dan menangkap suspek yang terbabit. Kenyataan akan dikeluarkan selepas siasatan selesai.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Terdahulu, Safiq memuat naik gambar cermin belakang kereta Honda City Hatchback miliknya yang dipecahkan individu tidak dikenali, di kawasan pusat latihan JDT.

Menerusi laporan polis dimuatnaik, Safiq melaporkan beliau ketika itu sedang memandu ke arah Pantai Lido, selepas mengambil barangnya di pusat latihan berkenaan kira-kira jam 10.05 malam tadi.

“Ketika sedang memandu, tiba-tiba datang sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki sebelum pembonceng motosikal mengeluarkan sebatang tukul dan mengetuk bahagian cermin belakang kereta saya.

 

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Safiq terkejut dan memberhentikan kereta sebelum dua lelaki itu berhenti di hadapan keretanya.

Dua lelaki itu kemudian menunjukkan tukul ke arahnya. Akibat risau, Safiq mengundurkan kereta dan beredar dari lokasi berkenaan.

Insiden itu berlaku tiga hari selepas pemain sayap negara, Faisal Halim disimbah asid dan seorang lagi pemain, Akhyar Rashid pula disamun dan diserang, di kawasan kediamannya lebih kurang seminggu lalu. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply