ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Naza KIA Malaysia lanjutkan Program Bantuan Banjir di Pantai Timur

Views

Demi untuk membantu pelanggan yang terkesan akibat bencana banjir di Pantai Timur, Naza KIA Malaysia melanjutkan program bantuan banjir untuk memastikan pelanggan mendapat bantuan yang sewajarnya. Bermua dari 10 Januari sehingga 28 Februari, pemilik kenderaan KIA yang terlibat dengan banjir boleh menghantar kenderaan mereka ke mana-mana outlet KIA di wilayah Pantai Timur untuk pemeriksaan percuma dan khidmat nasihat profesional.

Naza KIA Malaysia turut menawarkan diskaun sehingga 50 untuk penggantian alat ganti tulen KIA dan juga diskaun untuk kos buruh, tertakluk kepada tahap kerosakan pada kenderaan tersebut. Program bantuan banjir ini hanya ditawarkan untuk alat ganti tulen dalam kenderaan KIA yang mengalami kerosakan dan tidak dilindungi oleh insurans bencana alam.

Selain itu, pemilik kenderaan boleh mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kerosakan lebih teruk kepada kenderaan mereka:

  • Jangan cuba menghidupkan kenderaan anda atau hidupkan suis pencucuhan.
  • Buka pintu kenderaan secara manual dengan menggunakan kunci untuk mengelakkan kegagalan bahagian elektronik dari penggunaan alat penggera jauh.
  • Segera tanggalkan terminal bateri negatif untuk mengelakkan aliran elektrik di dalam kenderaan anda.
  • Buat laporan polis dan memaklumkan syarikat insurans anda.
  • Keluarkan barangan berharga dari kenderaan anda sebelum mengunci kenderaan anda secara manual.
  • Buat perkiraan untuk menunda kenderaan anda ke pusat servis Naza Kia terdekat untuk pemeriksaan.

Outlet Naza KIA Malaysia yang mengambil bahagian:

NoOutletNegeri
1NKM Kuantan Red CubePahang
2Autohaus Prima Sdn BhdTerengganu
3Sri Baru Fast Automobile Sdn BhdKelantan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply