ARKIB

KATEGORI

Buletin

Naza Premira Sdn Bhd lancar Vespa Notte Edition sempena sambutan Hari Valentine

Berita Tempatan

Views

Sempena sambutan Hari Valentine hari ini, pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia, Naza Premira Sdn Bhd memperkenalkan Vespa Notte Edition. Didatangkan dalam dua varian, Vespa Notte GTS Super 300 ABS dan Vespa Notte Sprint 150 i-Get ABS, siri khas eksklusif Vespa Notte ini dibina berasaskan teknikal dan mekanikal kerangka paling besar dan paling kecil skuter Vespa.

Nama “Notte” diambil dari Bahasa Itali yang membawa maksud “malam” menampilkan grafik hitam sepenuhnya. Segala perincian pada skuter tersebut dari casis termasuk cermin dihiasi kemasan hitam berkilat selain menampilkan hiasan seperti ‘tali leher’ klasik pada pelindung hadapan, hujung pemegang, pemegang penumpang dan extractable footpegs pada GTS Super Notte.

Selain itu Vespa Notte Edition didatangkan dengan perincian yang diperhalusi termasuklah pelana khusus untuk setiap model dengan logo diletakkan pada pelindung belakang, rim hitam berkilat dan pelindung peredam. Vespa Notte Edition sebenarnya mengingatkan kita kepada babak romantik dari filem Roman Holiday lakonan Audrey Hepburn dan Gregory Peck yang mengelilingi kota Rome dengan menaiki skuter Vespa.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji X70 enjin 1.5 TGDI dengan transmisi 7-kelajuan DCT naik Genting Highlands?

Vespa Notte GTS Super 300 ABS dikuasakan oleh enjin Quasar empat-lejang silinder-tunggal dengan suntikan elektronik, pengagihan 4-injap dan sejukan cecair yang membolehkannya menjana 15.6 kW pada 7,750 rpm dan daya kilas maksimum 22 Nm pada 5,000 rpm. Ia turut dilengkapi dengan ciri mesra alam seperti mengurangkan penggunaan bahan api dan pelepasan asap.

GTS Super Notte 300 juga dilengkapi dengan sistem keselamatan seperti sistem dwi saluran ABS dan Regulator Anti-Gelincir (ASR), sekaligus menjadikan pengendaliannya lebih tangkas untuk mengharungi kesesakan jalan raya di bandar raya Malaysia dengan mudah.

Vespa Notte Sprint 150 i-Get ABS pula dikuasakan oleh enjin  i-Get 150 cc silinder-tunggal empat-lejang  yang dilengkapi dengan suntikan elektronik dan pengagihan 3-injap. Ia mampu menjana 9.5 kW pada 7,750 rpm dan daya kilas 12.8 Nm pada 6,500 rpm, menjadikan pecutan skuter ringan ini lebih mantap.

Notte Sprint 150 i-Get ABS turut didatangkan dengan perincian khas pada ekzos dan struktur dalaman selongsong transmisi untuk memberikannya tunggangan yang lancar, senyap dan selesa. Vespa Notte GTS Super 300 ABS dijual pada harga RM29,000 manakala Vespa Notte Sprint 150 i-Get ABS pula dijual pada harga RM17,700 seunit. Kedua-dua model ini kini dipamerkan di semua pengedar sah dan cawangan Vespa di seluruh negara.

JOM BACA >> Proton tayang foto rasmi pertama Iriz berwajah baharu – Kini dengan fungsi Arahan Suara

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply