ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua Aruz terima penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP

Berita Tempatan

Views
ASEAN NCAP - Toyota Rush (2018)

Selain dari model Toyota Camry serba baharu, Program Penilaian Keselamatan Kereta Baharu di negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) turut memberikan penarafan 5-Bintang untuk model Perodua Aruz. Ujian telah dilakukan pada tahun lalu di makmal ujian Institut Penyelidikan Automobil Jepun (JARI) yang terletak di Tsukuba, Tokyo menggunakan model Toyota Rush yang menggunakan pelantar yang sama dengan SUV tersebut.

Jadi berdasarkan kepada maklumat yang diberikan oleh Perodua, ASEAN NCAP telah melanjutkan penarafan yang diberikan kepada Toyota Rush untuk model Aruz.

Berikut adalah keputusan ujian untuk model Perodua Aruz:

Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) – 43.25 mata
Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) – 21.01
Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT) – 22.22 mata
Markah keseluruhan – 86.49 mata

JOM BACA >> INTIP : Proton uji X70 enjin 1.5 TGDI dengan transmisi 7-kelajuan DCT naik Genting Highlands?

Perodua Aruz didatangkan dengan enam beg udara sebagai ciri standard, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Pengingat Pemakaian Tali Pinggang Keledar untuk kedua-dua penumpang hadapan dan belakang, cagak ISOFIX dan penambat atas (top tether). Selain itu SUV tujuh-tempat duduk itu turut menawarkan ciri-ciri keselamatan canggih seperti Brek Kecemasan Autonomi dan Amaran Perlanggaran Hadapan.

JOM BACA >> Proton tayang foto rasmi pertama Iriz berwajah baharu – Kini dengan fungsi Arahan Suara

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply