ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ngenco Malaysia jalin kerjasama dengan Hap Seng BPC revolusikan perlindungan cat di Malaysia

Berita Tempatan

Views

Ngenco Malaysia Sdn Bhd (Ngenco Malaysia), pengedar eksklusif produk cat automotif Ngenco Ltd dari United Kingdom (Ngenco UK) di Malaysia, mengumumkan jalinan berkerjasama dengan Hap Seng Body and Paint Center (Hap Seng BPC) sebagai rakan aplikasi bagi Sistem Perlindungan Cat Sembur Ngenco yang pertama di dunia.

Kerjasama ini adalah satu tonggak penting dalam industri automotif, kerana penggunaan cat berteknologi tinggi Ngenco akan mengubah piawaian dalam pemeliharaan dan perlindungan kenderaan di Malaysia.

Hap Seng BPC, merupakan anak syarikat Hap Seng Star and Consolidated Group yang terkenal dengan pusat automotif premium yang dilengkapi dengan teknologi pembaikan kenderaan terkini dan juga pengedar rasmi kenderaan Mercedes-Benz.

Ngenco Malaysia memilih Hap Seng BPC sebagai rakan kongsi yang ideal memandangkan fasiliti terkini mereka dan pasukan pakar automotif yang sejajar dengan komitmen Ngenco Malaysia terhadap kualiti dan inovasi.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Ngenco yang diasaskan di United Kingdom (UK), England, merupakan pengeluar utama dan pemilik produk Ngenco yang mempunyai capaian global di lebih daripada 34 negara di seluruh dunia dan terus berkembang.

Produk perlindungan cat revolusioner dari Ngenco ini dijangka akan dapat mengubah landskap automotif di Malaysia dengan menawarkan perlindungan terhadap kerosakan cat dan menjaga penampilan dan nilai kenderaan.

Sistem perlindungan cat sembur, yang berteknologi tinggi ini tersedia dalam lapisan jernih dan perubahan warna sementara profesional menawarkan perlindungan yang tiada tandingan terhadap kerosakan cat oleh serpihan batu dan potensi kerosakan cat.

Antara ciri-ciri utama Sistem Perlindungan Cat Sembur Ngenco adalah:

  • Sistem Perlindungan Cat Sembur Yang Pertama di Dunia untuk Penyesuaian: Pemilik kenderaan kini boleh menikmati kebebasan untuk menyesuaikan kenderaan mereka dengan reka bentuk, aksen atau perubahan warna yang unik daripada ribuan warna OEM.
  • Memperkenalkan Sistem Perlindungan Cat Sembur yang Berevolusi: Penyelesaian berteknologi tinggi ini memberikan perlindungan yang tiada tandingan terhadap kesan serpihan batu dan potensi kerosakan cat lain, memastikan pemeliharaan penampilan dan nilai kenderaan.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

  • Perlindungan Cat Menyeluruh dengan Ngenco: Sistem perlindungan cat sembur inovatif Ngenco melindungi kenderaan dari unsur-unsur negatif dengan berkesan, menjaga keadaan asal cat dan melindungi nilai sisa kenderaan.
  • Pilihan Kemasan Pelbagai untuk Gaya Peribadi: Ngenco menawarkan pelbagai pilihan kemasan untuk memenuhi citarasa individu, dari kelas tinggi hingga satin dan kemasan perubahan warna kusam (matte).
  • Kemudahan Penanggalan Inovatif untuk Fleksibiliti Utama: Sistem perlindungan cat sembur revolusioner Ngenco mempunyai daya penanggalan yang tiada tandingan. Ini bermakna kenderaan boleh dikembalikan kepada warna dan kemasan asal dengan mudah tanpa menyebabkan kerosakan.

Penambahan produk dan perkhidmatan Ngenco ke dalam portfolio Hap Seng BPC akan meningkatkan daya saing syarikat untuk menawarkan kepada pelanggan penyelesaian inovatif dalam perlindungan dan penyesuaian automotif.

Dengan pengalaman lebih dari satu dekad Ngenco di pasaran, syarikat ini dapat memahami keperluan unik bengkel automotif di seluruh dunia untuk membekalkan produk yang berkualiti dan tahan lama.

David Lee dari Ngenco Malaysia berkata, pihaknya berharap dapat menentukan semula piawaian pemeliharaan dan penyesuaian automotif di Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply