ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua bakal pamer Myvi hibrid di Malaysia Autoshow 2024?

Berita Tempatan

Views

Jika melihat kepada poster Perodua sempena acara Malaysia Autoshow 2024 yang bakal berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, kita dapat melihat ‘siluet’ dua model iaitu Myvi dan juga Aruz.

Apa yang menarik perhatian penulis adalah siluet Myvi yang dijana oleh rangkaian kuasa hibrid. Namun, ia tidaklah sama seperti teknologi Ativa Hybrid, kerana kelihatan pek bateri yang bersaiz besar di pasang pada bahagian lantai.

Ia berkemungkinan ada kaitan dengan teknologi hibrid pada model Toyota Yaris Cross, yang menggunakan enjin empat silinder aspirasi alami (NA) 1.5 liter 2NR-VEX dengan output 90 kuasa kuda dan 121 Nm daya kilas.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Enjin ini dipadankan dengan motor elektrik dengan output 79 kuasa kuda dengan 141 Nm daya kilas. Seperti yang telah kita ketahui, Yaris Cross bakal mempunyai ‘kembar versi Perodua’ yang buat masa ini dikenali dengan namakod D66B.

Namun, menurut ejen perisik Mat Bond, versi hibrid D66B hanya akan ditawarkan sedikit lewat bagi memberi laluan kepada model generasi baharu Myvi (D01D) untuk menggunakannya terlebih dahulu.

Adakah Perodua ingin memberi ‘petunjuk awal’ kewujudan Myvi (D01D) dengan rangkaian kuasa hibrid pada Malaysia Autoshow kali ini? Sama-sama kita tunggu dan lihat!

Selain itu, penulis tidak mempunyai sebarang info mengenai model kemaskini atau facelift Aruz setakat ini, kerana difahamkan projek tersebut telah pun ditangguhkan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Menurut Perodua di laman sesawang rasminya, mereka akan menawarkan E-baucar bernilai RM350, rebat tunai bernilai RM2,000, 2 tahun servis percuma jika mendaftar sebuah Aruz dan banyak lagi hanya di Malaysia Autoshow 2024.

Pembeli model Aruz juga akan diberikan aksesori GearUp secara percuma dan pakej servis percuma selama dua tahun jika membuat urusan tukar beli di tapak acara.

Perodua juga mengadakan cabaran ‘2 Hour Sales Challenge‘ di mana anda boleh menempah, mendaftar dan memandu pulang kereta Perodua baharu setiap hari sepanjang acara tersebut berlangsung.

Ayuh kunjungi reruai Perodua di Hall A, MAEPS, Serdang pada 22 hingga 26 Mei nanti, bermula dari jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply