Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) kini mula menerima tempahan untuk Nissan NP300 Navara Serba Baharu yang akan dilancarkan pada November. NP300 Navara merupakan trak pikap paling berkuasa dalam segmennya yang dilengkapi dengan enjin 2.5L YD25DDTi generasi ketiga yang telah ditambah baik. Ia mampu menjana kuasa maksimum 190PS dan tork 450Nm/2,000rpm. Dipadankan dengan transmisi automatik tujuh kelajuan bersama mode manual yang pertama dalam kelasnya, pemanduan dipastikan menjadi lebih berkuasa dan pecutan lebih lancar.
Harga anggaran adalah seperti berikut:
Double Cab | Semenanjung | Sabah & Sarawak | |
2.5VL (AT) | RM125,000 | RM126,000 | |
2.5V (AT) | RM115,000 | RM116,000 | |
2.5SE (AT) | RM109,000 | RM110,000 | |
2.5SE (MT) | RM104,000 | RM105,000 | |
2.5E (MT) | RM95,000 | RM96,000 | |
Single Cab 2.5L (MT) | RM85,000 | RM86,000 |
Spesifikasi-spesifikasi lain yang menarik termasuklah suspensi belakang multi-link serba baharu yang menawarkan tahap keselesaan seperti SUV, topang gril ‘V-motion’ yang tersendiri, Lampu Utama LED dengan Lampu Nyalaan Siang (DRL) berbentuk boomerang yang mengagumkan, spoiler belakang dan rim aloi baharu bersaiz 18 inci.
“Ketika pertama kali memperkenalkan D40 Navara dengan slogan ‘Mother Trucker’ kepada pasaran Malaysia, ia mentakrifkan semula segmen pikap dengan prestasi dan pemanduannya. Kini,NP300 Navara Serba Baharu ini sekali lagi akan meningkatkan prestasi pemanduan dinamik, ketahanan sebenar, reka bentuk inovatif dan teknologi termaju. Makadijadikan slogannya, ‘The Ultimate Pickup’, ” kata Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng.
Dengan reka bentuk dalaman yang pintar pula, NP300 Navara menawarkan keselesaan dan kemewahan seperti model-model premium Nissan yang lain – Tempat duduk yang diinspirasikan daripada graviti sifar (Zero Gravity Inspired Seats) mengurangkan keletihan dalam perjalanan panjang. Manakala pendingin hawa dua zon automatik dan corong pendinginhawa di belakang memberikan penyejukan kabin yang optimum.
NP300 Navara Serba Baharu hadir bersama pelbagai ciri keselamatan untuk apa jua situasi pemanduan. Ia dilengkapi sistem ciri Active Brake Limited Slip untuk menawarkan cengkaman lebih baik serta meningkatkan kestabilan kenderaan di atas jalan yang licin, Hill Start Assist dan Hill Descent Control. Ciri-ciri utama keselamatan lain termasuklah, cagak tempat duduk kanak-kanak (ISOFIX),Vehicle Dynamic Control, Anti-locking Braking System, Electronic Brake Force distribution, Brake Assist dan Traction Control System untuk membantu pemandu agar sentiasa berada dalam kawalan serta dapat mengelakkan daripada bahaya dalam situasi-situasi kecemasan.
NP300 Navara Serba Baharu menawarkan empat warna – Oren Savana(Savanna Orange serba baharu), Perak (Tungsten Silver), Hitam (Diamond Black) dan Putih (Brilliant White). Tempahan untuk Nissan NP300 Navara Serba Baharu boleh dibuat di mana-mana bilik pameran Nissan di seluruh negara. Jika berminat dan mahukan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Hotline Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian 1800 88 3838.
Perincian Siri Jelajah Nissan adalah seperti berikut:
Tarikh | Wilayah | Venue |
15 – 18 Okt | Timur | Kota Bharu Mall |
21 – 25 Okt | Tengah | 1 Utama Shoping Mall |
6 – 8 Nov | Selatan | Batu Pahat Mall |
10 – 15 Nov | Utara | Aeon Station 18 |
12 – 15 Nov | Tengah | ASEAN Auto Show |
12 – 15 Nov | Utara | Sunway Carnival Mall |
15 – 21 Nov | Timur | Tesco Kota Bharu |
18 – 22 Nov | Tengah | IOI City Mall |
20 – 22 Nov | Sabah | Imago Kota Kinabalu |
20 – 22 Nov | Sarawak | City One Kuching |
20 – 22 Nov | Selatan | Mydin Seremban |
KOMEN TERKINI