Nissan hari ini telah mengeluarkan 2 keping gambar teaser kereta konsepnya yang bakal menjadi tarikan utama di Sao Paulo International Motor Show 2012 yang bakal berlangsung bermula dari 24 Oktober hingga 4 November 2012. Belum ada nama rasmi untuknya buat masa ini dan menurut Nissan model konsep ini bakal mewujudkan genre yang unik dalam dunia automotif. Model konsep ini bukan sahaja dibina khas untuk Sao Paulo International Motor Show 2012 malah ia direka dan dibuat dengan kerjasama pereka dari Brazil.
* nampak macam kereta sport ala-ala Hyundai Veloster, tetapi jika diperhatikan dengan teliti mungkin juga model ini sebuah crossover, sport crossover kot, hehehe.. 🙂
sumber : carscoop.blogspot.com
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
Jom pilih calon hos Auto Anda! http://funtastickodesign.wordpress.com/2012/10/13/jom-pilih-calon-hos-auto-anda/
Teringin nak jadi Tony Stark aka Iron Man? KLIK SINI http://funtastickodesign.wordpress.com/2012/10/09/advertorial-tempahan-t-shirt-arc-reactor-edisi-khas-kini-dibuka/
KOMEN TERKINI