ARKIB

KATEGORI

Buletin

Alfa Romeo dan Maserati bakal jadi ahli keluarga Geely?

Automotif Global

Views

Menurut laporan akhbar di Itali, kumpulan Geely dari China telah menyatakan minat untuk membeli jenama Alfa Romeo dan Maserati dari FCA. Laporan awal mengatakan, sasaran Geely lebih terarah kepada CNH Industrial, yang mengeluarkan trak Iveco tetapi ada kemungkinan rundingan tersebut juga turut memberi tumpuan kepada jenama Alfa Romeo dan Maserati.

Geely kini telah memiliki Proton, Volvo, Polestar dan Lotus, selain mempunyai pegangan dalam Daimler. Jika ia benar, pengambilalihan tersebut bakal membantu Alfa Romeo dan Maserati untuk menembusi pasaran di China. Menurut apa yang diumumkan sejak kebelakangan ini oleh Milan Finance, Geely akan cuba membeli jenama-jenama tersebut bagi memperluaskan lagi portfolio kenderaan mewahnya.

JOM BACA >> PANAS : Foto paling jelas Proton Iriz MC2 yang dipandu Tun Dr Mahathir di Putrajaya

Penjualan dua jenama Itali ini bakal membolehkan FCA mendapat aliran tunai yang bakal digunakan untuk memperluaskan kumpulan. Ia sekaligus membolehkan FCA “menyingkirkan” empat dari tujuh kilang pengeluaran kumpulan tersebut di Itali dan ia bakal menyaksikan kumpulan tersebut membuat pelaburan dalam pembangunan jenama yang menguntungkan seperti Jeep. Menurut FCA lagi, ia merupakan langkah yang penting untuk masa depannya.

Buat masa ini ia mungkin sekadar khabar angin namun dalam dunia automotif sekarang apa sahaja boleh berlaku, sebagai contoh Magneti Marelli dan Manley. Kita harus ingat FCA kini sedang dalam penstrukturan semula secara perlahan-lahan, namun dengan ketidaktentuan mengenai masa depan yang telah dibangkitkan oleh pekerja dan kesatuan, yang bimbang mengenai masa depan kilang pengeluaran di Turin, sama ada ia khabar angin atau tidak, besar kemungkinan ia bakal menjadi kenyataan.

JOM BACA >> INTIP: Rombongan unit ujian Lynk & Co singgah di Temerloh – Adakah ia petanda jenama ini bakal masuk ke Malaysia?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply