ARKIB

KATEGORI

Buletin

PANDU UJI: Kami lenjan ‘kaw-kaw’ BMW M5 F90 bernilai RM1 juta di Litar Sepang

Views
Betul ke BMW M5 terkini terlalu lembut? Kami uji di Sepang

BMW M5 F90 dengan pacuan 4-roda ini lain dari M5 yang sebelumnya kerana ia amat selesa dan beradab. Pecutannya masih lagi mantap tapi ia terasa lembut dan tidak kasar. Apabila membrek pun rasa macam lembut, tetapi sebenarnya kalau kita betul-betul mahu M5 ini boleh membrek di 120m sebelum selekoh pertama di Sepang dimana ia terpaksa perlahan dari kelajuan 200km/j.

Kami ‘lanyak’ dia macam ni pun brek masih teguh dan tidak pudar selepas lima pusingan. Secara keseluruhan, kami boleh mengatakan kereta ini ialah sebuah jentera yang agak menakutkan kerana had kemampuannya adalah amat tinggi dan untuk kebanyakkan pemandu kita terpaksa bergantung kepada sistem elektronik untuk memastikan kereta kekal di atas laluan.

JOM BACA >> PANAS : SUV Proton Tanpa Celoreng Penyamaran Berjaya Dikesan Di China!

Kalau kita leka dan kehilangan kawalan, mungkin agak susah untuk menangkapnya… walaupun tanpa bantuan elektronik, kereta ini cukup cekap di litar tetapi kami tak berani mematikannya. Dalam video ini kami ada rakan media Kon Wai Luen, Pengarang i-Car yang turut serta memandu uji jentera bernilai jutaan ringgit ini. Jom saksikan!

Jangan lupa LANGGAN/SUBSCRIBE saluran YouTube rasmi kami di Funtasticko TV untuk lebih banyak lagi video-video menarik yang lain! Jom tonton episod pandu uji yang lepas, Ford Ranger Wildtrak 2.2L.

Pemandu Malaysia belum sedia untuk kereta pandu sendiri? kami uji sistem Ford Wildtrak

JOM BACA >> Perodua Lancar Alza Berwajah Baharu – Tempahan Kini Dibuka

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply