ARKIB

KATEGORI

Buletin

X70 – SUV pertama Proton, tempahan dibuka mulai esok

Views

Proton akhirnya telah memilih nama X70 untuk SUV pertamanya sebentar tadi. X70 adalah hasil kerjasama strategik yang pertama antara Proton dan Geely yang dibangunkan dari pelantar model SUV antara yang terlaris di China, Boyue versi facelift 2018. Rekabentuk X70 fasa pertama ini ada sedikit perbezaan berbanding model Boyue facelift dan ia mendapat sentuhan pereka terkemuka, Peter Horbury.

Untuk versi Proton, X70 diberi sedikit sentuhan kosmetik dengan suntikan elemen Malaysia terutama sekali pada bahagian jeriji hadapan yang diinspirasikan dari busur dan kami jangka ia mungkin menjadi signatur kepada rekaan jeriji model Proton masa akan datang. Rekaan jeriji baharu ini menurut Ketua Reka bentuk Proton, Azlan Othman mencerminkan ketukangan dahulu kala dari kehalusan seni ukiran kayu tradisional yang diolah menjadi susunan rekabentuk dipanggil ‘Infinite Weave’.

JOM BACA >> Perodua Lancar Alza Berwajah Baharu – Tempahan Kini Dibuka

Rekaan dalamannya juga tidak banyak perbezaan dengan model Boyue yang sememangnya nampak mewah dengan kemasan kulit Nappa berwarna perang, kehadiran logo Proton pada stereng, kemasan aluminium pada papan pemuka, skrin sentuh pada konsol tengah dan yang menariknya, elemen Infinite Weave turut menghiasi beberapa tempat seperti penutup pembesar suara dan pemegang pintu bahagian dalam.

Tempahan model SUV pertama Proton ini akan mula dibuka esok (8 September 2018) dengan wang deposit tempahan sebanyak RM1,000 setiap unit. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Abdul Rashid Musa, Proton juga sedang merancang satu jerayawara untuk memperkenalkan X70 ke tujuh bandar utama di negara yang bakal bermula 9 September hingga 4 November ini.

X70 dijangka bakal dilancarkan secara rasmi pada penghujung tahun ini dan jangkaan kami ia akan diadakan hampir dengan tarikh Pameran Kenderaan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS), yang akan diadakan dari 23 November hingga 2 Disember 2018. Untuk fasa pertama, X70 akan diimport sepenuhnya dari China dan fasa kedua pemasangan tempatan pula dijangka pada tahun hadapan. Harga model ini hanya akan diketahui semasa pelancaran rasminya nanti.

JOM BACA >> Proton Perdana FL Concept 2018

KLIK UNTUK BESARKAN

    

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • What’s the price on the PROTON X70 SUV. Just pay RM 1000 do a booking without knowing the actual price of the vehicle?

Leave a Reply