Kampung Mat Daling bukan lagi destinasi 4×4 sahaja kerana jalan tar sudah siap dan hampir tiba ke penempatan di pedalaman Hulu Tembeling ini. Apa pun anda tetap perlu melalui jalan tanah merah sejauh hampir 8km tapi kami gunakan jalan balak untuk sampai ke sana, secara tidak sengaja.
Kia Sorento ini agak lasak jaga sebenarnya, walaupun dikategorikan sebagai SUV bandar namun keupayaan kenderaan ini meredah laluan balak untuk ke sana boleh dipuji. Kalau tak kena gaya boleh je sangkut dalam hutan, tapi nasib baik ada kawan kawan yang membantu. Nak tengok aksi SUV ni men’cilok’ laluan sempit untuk melepasi jambatan yang dihalang oleh pokok tumbang kena la tonton sampai ke penghujung.
JOM BACA >> PANAS : SUV Proton Tanpa Celoreng Penyamaran Berjaya Dikesan Di China!
Oh ya, lupa nak cakap, kami ke sana untuk membuat liputan untuk Givi Rimba Raid, perlumbaan lasak motosikal yang utama di Malaysia. Kalau anda peminat motosikal lasak, sudah tentu ini salah satu acara impian anda. Jom tonton video yang telah kami sediakan untuk anda. Jangan lupa LANGGAN/SUBSCRIBE saluran YouTube rasmi kami di Funtasticko TV untuk video-video pandu uji yang lain!
JOM BACA >> Coretan : Industri Automotif – ‘Idea Gila’ Tun Yang Telah Berjaya Mengubah Landskap Ekonomi Negara
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI