ARKIB

KATEGORI

Buletin

Cawangan baharu HAVAL Malaysia di Bandar Baru Bangi dibuka secara rasmi

Views

Go Auto Sales Sdn Bhd, (HAVAL Malaysia) pengedar eksklusif SUV Haval di Malaysia telah merasmikan pembukaan premis terbaharu milik Wan Auto Car Wheels Sdn Bhd di Bandar Baru Bangi, Selangor. Terletak di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi ia merupakan pengedar berstatus 3 S (Jualan, Servis dan Alat ganti) dan menyasarkan untuk memberi lebih kemudahan kepada para pelanggan Haval yang tonggal di seitar kawasan Bangi atau Kajang.

Ia dilancarkan oleh Pengarah Eksekutif Kumpulan Go Auto, Datuk SM Azli SM Nasimuddin Kamal. Berucap semasa majlis perasmian tersebut, beliau berkata syarikat amat berbesar hati untuk mengembangkan keluarga HAVAL dan pengedar baharu ini adalah tambahan kepada sejumlah 27 buah bilik pameran di seluruh negara. Syarikat menyasarkan untuk membuka keseluruhan 35 pengedar seluruh negara menjelang tahun 2019.

JOM BACA >> PANAS : SUV Proton Tanpa Celoreng Penyamaran Berjaya Dikesan Di China!

Model H1 kini ditawarkan dengan jaminan pengeluar tanpa had perbatuan selama tujuh tahun manakala H2 pula ditawarkan dengan lima tahun waranti atau 150,000km yang mana terdahulu. Bermula semalam sehingga Ahad ini, Reimagine Campaign akan mengadakan jerayawaranya di The Curve dan di sana pelanggan akan dapat menikmati tawaran Freedom from GST sehingga akhir bulan ini.

HAVAL Malaysia kini sedang menawarkan kepada pelanggan baharu dan pemilik semasa Haval yang berminat untuk membeli SUV dengan promosi Merdeka ‘Freedom from GST’ dengan penjimatan sehingga RM6,600 untuk Haval H1 dan RM7,300 untuk Haval H2. Untuk maklumat lanjut untuk kempen ini layari laman mikro HAVAL http://reimagine.haval.my/.

Pelanggan juga boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan di 03-5569 7332 atau e-mel kepada [email protected]. Selain itu, pelanggan juga boleh melayari www.haval.my atau laman Facebook rasmi www.facebook.com/havalmy atau laman Instagram www.instagram.com/havalmy.

JOM BACA >> Coretan : Industri Automotif – ‘Idea Gila’ Tun Yang Telah Berjaya Mengubah Landskap Ekonomi Negara

KLIK UNTUK BESARKAN

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply