ARKIB

KATEGORI

Buletin

Panglima TUDM terbangkan Su-30MKM, pintas pesawat asing dan Force Down

Berita Tempatan

Views

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuktikan kesiapsiagaan dalam mempertahankan ruang udara negara dengan melaksanakan latihan operasi berprofil tinggi.

Keupayaan itu dapat dilihat apabila Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan sendiri menerbangkan pesawat Su-30MKM dan melaksanakan misi pemintasan pesawat asing dan Force Down.

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…

Demonstrasi tersebut dilakukan sempena Lawatan Kerja Jawatankuasa Kerja Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JKK SSPA) ke Pangkalan Udara Kuantan pada Selasa.

TUDM menerusi satu hantaran di Facebook menjelaskan, misi pemintasan Pesawat dan Force Down adalah salah satu tindakan pantas skuadron pesawat pejuang melaksanakan tugasan memintas pesawat asing yang menceroboh ruang udara negara.

Katanya, demonstrasi ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada delegasi hadir tentang pengoperasian Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan TUDM khasnya, seiring dengan setiap cadangan penambahbaikan SSPA bagi perkhidmatan ATM yang telah dikemukakan kepada JKK SPPA Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS

“Penglibatan Panglima Tentera Udara, pegawai dan anggota telah membuktikan kesiagaan aset dan warga TUDM di peringkat strategik, perasional dan taktikal mampu diatur gerak sebilang masa dalam menjaga kedaulatan negara,” katanya.

Selain itu, pelbagai demonstrasi lain turut diadakan termasuk Low Level Tactical Navigation, Free-Fall Tactical Infiltration, Combat Search and Rescue Mission, Ground Attack Tactic and Close Air Support Mission, Night Flight Tactical Operation dan Night Air Combat Tactic and Close Air Support Mission.

Beberapa wakil dari PA juga beri peluang untuk merasai sendiri cabaran yang dihadapi oleh pegawai dan anggota ATM dalam setiap misi. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Tentera Udara Diraja Malaysia

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply