ARKIB

KATEGORI

Buletin

PDAM mohon MKN panjangkan waktu operasi stesen minyak

Berita Tempatan

Views

Pengusaha stesen minyak seluruh negara memohon Majlis Keselamatan Negara (MKN) memanjangkan waktu operasi stesen minyak bermula jam 6 pagi hingga 10 malam seperti diberikan kepada premis menjual makanan.

Berita Harian melaporkan, Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz, berkata stesen minyak seharusnya dibenarkan beroperasi selari dengan waktu operasi kedai atau restoran kerana ia industri penting menyokong semua aktiviti ekonomi dan keselamatan dalam semua fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga kini.

Kata beliau, pihaknya menyambut baik keputusan MKN menukar waktu operasi premis yang menjual makanan bermula jam 6 pagi hingga 10 malam namun industri runcit petroleum melalui stesen minyak hanya dapat beroperasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Tambahnya, membenarkan restoran beroperasi sehingga jam 10 malam amat janggal, terutama kepada stesen minyak yang ada restoran di dalam bangunan sebelah stesen, termasuklah pandu lalu atau kedai makan di dalam stesen minyak.

Oleh itu, beliau mewakili semua pengusaha stesen minyak seluruh negara meminta supaya waktu operasi stesen minyak juga ditukarkan bermula jam 6 pagi hingga 10 malam.

Semalam, MKN memutuskan premis menjual makanan boleh dibuka bermula jam 6 pagi hingga 10 malam berkuat kuasa hari ini berbanding sebelum ini mulai jam 8 pagi sehingga 8 malam selepas mengambil kira rayuan dan pandangan pengusaha kedai makan.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Khairul Annuar turut berkata, pihaknya meminta kedai serbaneka di dalam stesen minyak dibenarkan beroperasi bermula jam 6 pagi, kerana mengasingkan waktu operasi penjualan minyak dan kedai serbaneka adalah rumit.

Ramai pelanggan termasuk anggota pasukan keselamatan dan orang ramai yang hendak ke tempat kerja, memerlukan perkhidmatan seperti pembelian kad tambah nilai dan ingin menggunakan mesin ATM pada waktu pagi sebelum jam 8 pagi.

Beliau berkata, bagi stesen minyak di lebuh raya pula, PDAM meminta supaya waktu operasi kedai serba guna diselaraskan dengan waktu operasi penjualan minyak iaitu dibuka 24 jam kerana ramai pemandu waktu malam perlu membeli barang keperluan mereka.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply