ARKIB

KATEGORI

Buletin

PDRM tawar diskaun saman trafik selama sebulan bermula esok

Berita Tempatan

Views

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun sehingga 50 peratus selama sebulan bermula 18 Jun hingga 18 Julai depan bagi saman-saman terpilih yang boleh dikompaun termasuk saman di dalam senarai hitam.

Menurut K! ONLINE, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, diskaun berkenaan tidak termasuk kes saman dalam sebutan mahkamah, kesalahan-kesalahan utama yang dilakukan pada tahun 2021, kesalahan kenderaan berat dan kesalahan berkaitan pengubahsuaian ekzos.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Katanya, orang ramai boleh mendaftar melalui portal rasmi PDRM atau pautan https://[email protected], muat turun aplikasi Google playstore, Apple Playstore dan Huawei Gallery.

Aplikasi Mybayar Saman juga telah dipertingkatkan bagi membolehkan syarikat dan entiti perniagaan mendaftar sebagai pengguna dan seterusnya membuat pembayaran melalui aplikasi tersebut.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Menurut Azisman, semua kaunter pembayaran saman di kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) akan ditutup bagi mengurangkan penularan jangkitan COVID-19 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sepanjang kempen itu berlangsung.

Mybayar Saman merupakan inisiatif JSPT dalam menyokong hasrat kerajaan ke arah memberikan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai sepenuhnya kepada masyarakat.

Tambah Azisman lagi, pihaknya berharap pengurangan kompaun saman ini akan dapat membantu orang ramai yang terkesan dalam situasi sukar pandemik COVID-19.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply