ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volkswagen T-Roc diacah dalam iklan Arteon R-Line 4MOTION?

Berita Tempatan

Views

Kali pertama melihat grafik iklan Volkswagen Arteon R-Line 4MOTION, mata penulis tertumpu kepada satu imbasan kelibat sebuah SUV kompak yang kelihatan samar-samar di bahagian latar belakang. Jika besarkan, dari segi bentuk kasar, ia seakan-akan model SUV kompak, T-Roc.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Timbul persoalan, adakah Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) bakal memperkenalkan SUV segmen B itu tidak lama lagi? Kami tidak mempunyai jawapannya lagi buat masa ini dan jika benar, T-Roc bakal berentap dengan Proton X50, Honda HR-V, Mazda CX-3 dan Toyota C-HR.

T-Roc dibangunkan dari pelantar Modular Transverse Matrix (MQB) dengan ukuran dimensi 4,234 mm panjang, 1,819 mm lebar dan 1,573 mm tinggi, manakala jarak antara gandarnya pula 2,603 mm. Dari segi enjin, enam pilihan enjin turbo ditawarkan, tiga versi petrol (TSI) dan selebihnya versi diesel (TDI).

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Dua pilihan transmisi ditawarkan, iaitu 6-kelajuan manual dan 7-kelajuan DSG, bergantung kepada pilihan enjin. Pembeli juga diberi pilihan untuk menambah sistem pacuan semua roda 4Motion. Model ini turut dilengkapi ciri keselamatan seperti brek kecemasan autonomi, kawalan jelajah adaptif, pemantau titik buta, bantuan parkir, bantuan kekal haluan dan lain-lain.

Kalau betul la model ini akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia, semakin bertambah lagi pilihan dalam segmen SUV kompak selepas ini. Menarik juga Volkswagen T-Roc ni kan? Tunggu!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply